Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 September 2010

Pekerja asing Singapura


KEPESATAN pembangunan di Singapura mencapai tahap kritikal selepas ekonomi negara itu pulih daripada krisis ekonomi dunia.

ALAM Khali masih boleh mengingati dengan baik perasaan takutnya terhadap keselamatan diri. Lebih-lebih lagi ketika dia mencangkung di belakang sebuah lori yang terbuka ketika dibawa masuk ke kawasan-kawasan pembinaan di Singapura.

Warga Bangladesh itu berkata, dia terpaksa berhimpit-himpit di dalam lori yang dipenuhi dengan buruh-buruh asing. Ketika lori bergerak laju menuju ke kota-kota mewah di negara itu, dia berusaha untuk berpaut pada mana-mana bahagian kenderaan tersebut.

"Mestilah takut. Tetapi, oleh kerana bos yang suruh naik lori, jadi kami ikut sajalah," cerita Khali sambil mengangkat bahunya sewaktu sesi temu bual ini berlangsung di tapak pembinaan sebuah hotel.

Sambil menikmati sepinggan nasi putih dan sedikit sayur sebagai menu tengah harinya dia memberitahu, dia bekerja di Singapura sejak tahun 2003.

Fiksyen pekerja asing

Namun, tidak seperti nasib sekitar 245,000 pekerja asing di tapak pembinaan dari negara-negara Asia yang daif, Khali jauh lebih bertuah. Selain menerima gaji yang mencukupi dia juga menaiki kereta api ke tempat kerja.

Para pekerja itu akur dengan nasib dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain biarpun ketika hari hujan. Keadaan itu sekali gus menjadi satu peringatan bagi rakyat Singapura tentang kepayahan hidup mereka yang dihimpit oleh status ekonomi.

Seorang pelajar, Lee Kitt Anya, 11, telah memenangi satu pertandingan menulis buku peringkat kebangsaan tahun lalu. Cerita fiksyen yang membawa watak utama seorang pekerja asing dari India itu ditulis berikutan rasa terkejutnya selepas melihat kelibat sekumpulan buruh di atas lori.

"Pemandangan itu sangat menakutkan kerana air hujan melimpah ruah dan semua orang kebasahan. Saya rasa agak terkejut," ceritanya sambil mengingati semula saat-saat itu.

Sebahagian daripada keseluruhan hasil jualan bukunya akan didermakan kepada kumpulan kebajikan pekerja-pekerja asing yang dikenali sebagai HOME.

"Saya tidak kisah dan tidak memerlukan wang itu. Mereka lebih memerlukannya," katanya.

Kematian tiga pekerja asing Cina dalam satu kemalangan jalan raya pada Jun lalu telah mendesak pemerintah Singapura agar mempercepatkan pelaksanaan undang-undang keselamatan baru. Ini termasuklah mewajibkan lori-lori memasang kanopi atau pagar sisi besi yang lebih tinggi.


PEKERJA asing yang dibawa ke tapak pembinaan di Singapura terdedah kepada risiko kemalangan.


"Warga Singapura sudah biasa melihat pekerja-pekerja asing dibawa dengan cara begini. Namun, ramai yang berpendapat kaedah pemindahan seperti ini adalah salah," kata John Gee, Presiden kepada sebuah kumpulan sokongan pekerja-pekerja asing tempatan, Transient Workers Count 2 (TWC2).

Dia melahirkan perasaan simpati rakyat Singapura terhadap pekerja-pekerja asing itu meningkat setiap kali berlakunya kemalangan jalan raya.

"Perasaan itu semakin dirasai apabila mereka melihat pekerja-pekerja asing itu basah kuyup ketika hari hujan dan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Warga-warga asing itu terpaksa bertinggung di belakang sebuah lori sambil berusaha melindungi kepala menggunakan apa-apa sahaja yang ada," terangnya.

Memasang kanopi

Bermula tahun ini, semua lori baru yang digunakan untuk memindah pekerja dikehendaki memasang kanopi dan pagar sisi besi sebelum berada di atas jalan raya. Kenderaan-kenderaan lama pula akan dipasangkan peralatan berunsur keselamatan dan keselesaan dalam tempoh 12 bulan lagi.

Menteri Pengangkutan, Raymond Lim yang mengumumkan keputusan itu di Parlimen bagaimanapun menolak kemungkinan untuk mewajibkan majikan menggunakan bas untuk mengangkut pekerja.

"Kami akan mengkaji keberkesanan untuk meningkatkan keselamatan pekerja di atas lori sebelum mengambil keputusan mengharamkannya," kata beliau.

Gee dari TWC2 pula berkata, langkah-langkah keselamatan bagi lori baru adalah tindakan terbaik tetapi ia bukan jalan penyelesaian untuk menggantikan bas atau van-van mini.

"Kami ingin pemerintah menekankan adalah lebih baik jika pekerja-pekerja asing itu dibawa menggunakan kenderaan tertutup seperti van. Kami juga berharap kerajaan akan mengisytiharkan keseriusan untuk melaksanakan matlamat ini dalam satu tempoh sasaran. Kepesatan pembangunan di Singapura sekali lagi mencapai tahap kritikal selepas keadaan ekonomi di negara itu pulih daripada krisis ekonomi dunia. Dua buah kasino besar telah merancakkan lagi kepesatan pembangunan di negara itu.

Sepanjang tahun ini, dianggarkan lebih 100,000 pekerja asing baru diambil bekerja di Singapura. - AFP


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pekerja asing Singapura"

Catat Ulasan