Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 September 2010

Pusara pahlawan negara terbiar sepi tanpa dijaga


Pusara Abdul Hamid Ismail yang terbiar di Tanah Perkuburan Madrasah Alkhairiah, Felda Bukit Tembaga Selatan, Padang Terap, Kedah.

TANGGAL 16 September adalah Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tetapi bagaimana ATM menghargai warga mereka yang terkorban demi mempertahankan agama dan negara di suatu ketika dahulu?

Lihat gambar pusara seorang pahlawan, Allahyarham Leftenan Muda Abdul Hamid Ismail SP, yang menerima bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa kerana keberaniannya dalam mempertahankan negara. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Madrasah Alkhairiah, Felda Bukit Tembaga Selatan, Padang Terap, Kedah.

Madrasah ini dibina oleh pasukan Jurutera 2 Divisyen dan dirasmikan pada 4 Jun 1992 oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Allahyarham ialah penerima anugerah tertinggi negara, mengikut protokol, mengatasi penerima yang membawa gelaran Tun. Namun, kecewa sekali, pusaranya diabaikan begitu sahaja.

Dilahirkan pada 1 Jun 1951, Abdul Hamid telah ditauliahkan ke Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kepala Batas, Alor Setar. Allahyarham gugur pada 8 September 1973 dalam Gerakan Sedar Gunung Inas, Kulim, Kedah.

Allahyarham mengetuai kumpulan ronda seramai 10 anggota lalu bertempur dengan sekumpulan musuh berkekuatan 15 orang. Walaupun ditembak di dada, Allahyarham masih mampu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah musuh lalu berjaya membunuh seorang pengganas komunis.

Di dalam kesakitan Allahyarham terus memberi kata-kata semangat dan mengarahkan anggota-anggotanya melancarkan serangan. Allahyarham juga sempat menghubungi Ketua Kompeninya untuk memberikan taklimat berkenaan kejadian tetapi tidak memberitahu tentang kecederaan yang dialaminya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas perhubungan tersebut.

Sungguh jauh bezanya bagaimana negara asing menghargai anggota tentera mereka yang terkorban mempertahankan negara kita Malaysia yang tercinta ini ketika Peperangan Dunia Kedua, seperti di Taiping War Cemetery bertempat di kaki Bukit Larut yang sentiasa dijaga dengan rapi.

Impian saya, negara kita, dengan izin waris-waris, mewujudkan satu Pusara Nasional ala Arlington National Cemetery di Amerika Syarikat, diasingkan mengikut agama, untuk semua wira yang terkorban dalam satu-satu operasi, termasuk di luar negara seperti di Somalia, Lebanon, dan lain-lain.

Seperkara lagi, dicadangkan kepada ahli jawatankuasa madrasah untuk menukarkan nama kepada Madrasah Abdul Hamid. Kalau ada masjid diberi nama Khalid Ibni Walid, Al-Bukhari, apa salahnya Madrasah Abdul Hamid.

Lagi pula, arwah adalah seorang anak watan kampung tersebut dan bangunan berkenaan dibina oleh anggota tentera. Mereka sepatutnya berbangga bahawa anak jati mereka terkorban kerana agama dan negara.

MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN TUDM (B)

Jitra, Kedah


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pusara pahlawan negara terbiar sepi tanpa dijaga"

Catat Ulasan