Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 5 September 2010

Buang daerah atau negeri 'penjenayah siber'

Ketika hati umat Melayu-Islam negara ini masih terluka dengan tindakan Wee Meng Cheng atau lebih dikenali Namewee yang mengulangi perbuatan biadapnya dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman, muncul pula Katy Lim Li Lian memaparkan komen menghina Islam dan Allah dengan menggunakan kata-kata kesat di dalam akaun Facebook miliknya.

Sungguhpun laman web itu telah ditutup, tetapi terdapat blog yang sempat memuatkan keratan komen tersebut. Ini bermakna, kata-kata kesat yang menghina Islam dan Allah itu masih boleh dibaca di Internet.

Nampaknya, laman sosial Facebook semakin kerap dilanda kontroversi. Ia bukan sahaja disalah guna untuk tujuan peribadi, malah ada yang berani melakukan penyamaran sebagai pemilik akaun melibatkan Tunku Mahkota Johor, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Natijahnya, penyalahgunaan itu bukan sahaja merosakkan nama naik individu terlibat, malah boleh meletakkan negara dalam keadaan tidak selamat apabila kemarahan rakyat yang dihina tidak dapat lagi dikawal. Justeru, sesuatu perlu dilakukan bagi menyejukkan kemarahan yang melanda umat Melayu-Islam di negara kita hari ini.

Dalam hal ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKKM) perlu mencari kaedah bagi memastikan entri dan komen seperti itu tidak dipaparkan dalam mana-mana pemilik akaun yang berdaftar di negara ini. Ini bermakna sekatan awal perlu dilakukan di ibu pejabat SKKM terhadap semua komen yang menghina kaum dan bangsa. Dalam dunia serba canggih ini, pasti ada cara yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Kita tidak mahu peristiwa beribu-ribu rakyat Pakistan membanjiri jalan raya-jalan raya di negara itu bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad yang mencabul Islam berlaku di negara ini.

Kita bukanlah negara yang memiliki rakyat yang gemar berdemonstrasi bagi melahirkan ketidakpuasan hati. Budaya kita apabila berlaku kejadian seperti itu adalah sekadar menghantar memorandum bantahan dan desakan agar individu terbabit diambil tindakan yang tegas.

Apa yang kita mahu adalah sebarang desakan hendaklah diberi perhatian serius agar ia memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak cuba melakukan perkara yang sama.

Untuk mengajar rakyat negara ini supaya saling hormat menghormati dan menjaga perasaan antara kaum dan agama, mungkin agak sukar pada masa kini memandangkan suasana politik sekarang yang seolah-olah lebih ke arah memecahkan perpaduan kaum apabila ada pemimpin politik semakin berani mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Jika tiada tindakan tegas terhadap pemilik akaun terbabit, maka dikhuatiri ia akan menyemarakkan kemarahan yang boleh merosakkan suasana harmoni yang kita nikmati sekarang. Kesannya, negara akan menjadi tidak stabil pada mata pelabur asing sekali gus menjejaskan kemasukan mereka ke negara ini. Apabila ini berlaku, tentulah ekonomi negara akan turut terjejas.

Kita faham kenapa Najib mengarahkan SKMM supaya bertindak lebih agresif dan tegas terhadap individu yang mempermainkan agama Islam atau agama lain. Kita juga mengerti mengapa Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) membuat laporan polis terhadap Katy dan kita harap pihak polis segera bertindak. Jangan biarkan pelaku perbuatan tidak bertanggungjawab itu terlepas daripada menerima hukuman.

Gunakan segala akta yang ada untuk menyeret mereka yang terlibat. Amaran keras dan arahan tegas daripada Najib itu membuktikan bahawa kerajaan tidak mahu berkompromi dengan individu seperti Katy. Tidak ada faedahnya negara memiliki rakyat yang tidak tahu menghormati dan memahami perasaan kaum dan agama lain.

Bagi menjaga kerukunan hidup dalam negara, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang menghina kaum atau bangsa.

Kita tidak mahu disebabkan kebodohan dan sikap pentingkan diri sendiri menyebabkan kebebasan yang kita nikmati dalam melayari laman sosial Facebook terpaksa disekat seperti mana yang berlaku di Pakistan, Syria, China, Vietnam, dan Iran. Sekatan itu dilakukan atas pelbagai sebab, antaranya menyekat kemasukan unsur-unsur pornografi, mengawal perbuatan menghina agama, selain mengawal golongan pekerja yang membuang masa melayari Facebook di tempat kerja.

Mungkin penyelesaian yang boleh diambil adalah membuang daerah atau negeri individu seperti Katy, mahupun Namewee. Sepanjang tempoh itu, mereka perlu mengikuti program khas bagi mengajar mereka tentang selok belok hidup dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Buang daerah atau negeri 'penjenayah siber'"

Catat Ulasan