Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 5 September 2010

Indonesia hadapi risiko hilang pelabur

PETALING JAYA 5 Sept. - Indonesia bakal kehilangan pelabur asing dan kerugian puluhan bilion ringgit jika kempen Ganyang Malaysia diteruskan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, langkah yang berbentuk ancaman itu bukan hanya memberi impak kepada pelabur dari Malaysia tetapi juga pelabur asing.

''Tindakan agresif beberapa kumpulan kecil yang mengancam pelabur Malaysia tidak bijak sama sekali dan ia hanya menakutkan pelabur yang lain.

''Perkara ini dapat dilihat melalui Thailand yang turut kehilangan beberapa pelabur asing ekoran demonstrasi yang ditunjukkan rakyat dari kumpulan baju merah yang mahu menggulingkan Perdana Menterinya, Abhisit Vejjajiva.

''Jika pelabur Malaysia 'merajuk' dan menarik pelaburan masing-masing, Indonesia juga yang akan rugi walaupun lebih dua juta penduduknya bekerja di negara ini telah mengirim sejumlah besar wang kerja mereka ke Indonesia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas ancaman pelampau Indonesia yang mahu menyerang premis- premis milik pelabur Malaysia seperti Petronas, CIMB, Sime Darby, Maybank dan banyak lagi.

Tambah Mukhriz, kerajaan Malaysia akan sentiasa memantau perkembangan pelabur-pelaburnya di republik bagi memastikan kebajikannya terbela.

Katanya, kerajaan tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan sehingga memberi ancaman kepada rakyat dan pelabur Malaysia di negara jiran itu.

Mukhriz meminta kerajaan Indonesia bertegas dan berperanan penting dalam mengawasi isu yang membangkitkan sentimen kenegaraan ini.

''Selama ini, kerajaan Indonesia memberi jaminan untuk menjaga kepentingan pelabur asing di negaranya termasuk pelabur Malaysia.

''Kami di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya memantau perkembangan yang berlaku dan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini dari Wisma Putra,'' katanya.

Ketika ditanya sama ada MITI merancang mengeluarkan pekeliling panduan pelabur di Indonesia, kata Mukhriz, ia tidak akan dilakukan berikutan perkembangan yang ada tidak membimbangkan.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Indonesia hadapi risiko hilang pelabur"

Catat Ulasan