KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan tali barut asing dalam menaja demonstrasi liar oleh beberapa kumpulan pelampau Indonesia di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Ketua Penerangannya, Roslan Kassim berkata, demonstrasi itu tidak mungkin berlaku tanpa perancangan teliti oleh pihak tertentu yang ingin melihat kedua-dua negara bermusuh.
"Sudah pasti ada penajanya dan seperti biasa, akan menyembunyikan diri. Mereka ini hanya menunggu masa untuk meraih keuntungan politik. Perkasa memandang serius perkara tersebut," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) sebelum ini menuntut agar Jakarta segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.
Bendera kembali aktif melakukan protes berbentuk provokasi dan penghinaan ke atas Kedutaan Malaysia serta kepentingan negara di sana sejak minggu lalu bagi membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Insiden itu bermula apabila tujuh nelayan Malaysia ditahan penguat kuasa marin Indonesia akibat kekeliruan batas sempadan perairan masing-masing.
Mengulas lanjut, Roslan berkata, selain itu, Perkasa turut menggesa pihak berkuasa agar melakukan siasatan terhadap portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang didakwa mempunyai hubungan dengan tiga pemimpin Bendera.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menjelaskan pihaknya bersetuju dengan gesaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar pihak berkuasa menyiasat portal berita terbabit dan motif politik hubungan mereka dengan pemimpin Bendera.
"Apakah ada agenda besar untuk mencetuskan konflik antara kedua-dua negara Islam di rantau ini?
"Demonstrasi di Jakarta itu hanya satu insiden akan tetapi kita harus melihat dari sudut agenda besar yang mana ia akan merugikan Malaysia dan Indonesia.
"Kita juga perlu tahu siapa penaja sebenar The Malaysian Insider. Pihak berkuasa perlu siasat demi kepentingan negara," katanya.
Beliau seterusnya meminta pihak Polis Marin Malaysia agar membuat penjelasan lanjut berhubung insiden sebenar penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau.

0 ulasan: on "Tali barut asing mungkin taja demonstrasi - Perkasa"
Catat Ulasan