Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 5 September 2010

Usaha tangani isu dua negara di perairan

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Perbincangan mengenai langkah-langkah menangani insiden di perairan Malaysia-Indonesia akan menjadi agenda utama pertemuan antara Kementerian Luar dengan delegasi Menteri Luar Republik Indonesia esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia bagi memastikan insiden seperti penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu tidak berulang.

Beliau berkata, isu-isu berkaitan hubungan dua hala terutama mengenai hal sempadan antara kedua-dua negara akan turut diperbincangkan.

"Agenda utama mesyuarat itu akan turut menggariskan fokus bagi langkah-langkah menangani insiden tersebut di kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anifah dan Menteri Luar Republik Indonesia, Dr. R. M. Marty M. Natalegawa akan bertemu pada mesyuarat dua hari yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada insiden 13 Ogos lalu, tiga pegawai penguat kuasa marin Indonesia bertindak menahan tujuh nelayan Malaysia kerana didakwa berada di perairan Indonesia walaupun alat sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) mereka tidak berfungsi ketika kejadian.

Selepas itu, sepasukan polis marin Malaysia tiba ke tempat kejadian dan mengejar tiga pegawai Indonesia berkenaan kerana didakwa menceroboh perairan Malaysia sebelum berjaya menahan mereka.

Ekoran kejadian itu, kumpulan yang dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bertindak mengadakan demonstrasi dan menimbulkan provokasi dengan membaling najis manusia dan membakar Jalur Gemilang di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pada 23 Ogos lalu bagi membantah insiden penahanan itu.

Anifah berkata, piawaian prosedur operasi bagi mempertingkatkan hubungan di perairan kedua-dua negara juga akan turut dibincangkan.

Ditanya sama ada Malaysia akan turut menyatakan pendiriannya berhubung demonstrasi yang dilakukan oleh Bendera pada pertemuan itu, Anifah berkata: "Perkara itu sudah dinyatakan kepada pihak Indonesia sebelum ini."


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Usaha tangani isu dua negara di perairan"

Catat Ulasan