Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2011

Kabinet pinda takrifan 'keganasan rumah tangga'

KUALA LUMPUR 26 Jun - Jemaah Menteri bersetuju untuk meminda takrifan 'keganasan rumah tangga' dengan turut merangkumkan perbuatan yang boleh menyebabkan penderaan psikologi, termasuk kecederaan emosi kepada mangsa atau menyebabkan mangsa mengalami delusi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Kabinet bersetuju untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521) bagi memberikan perlindungan undang-undang yang lebih berkesan kepada mangsa penderaan khususnya wanita dan kanak-kanak.

Kata Shahrizat, keputusan itu dibuat setelah kementeriannya banyak menerima aduan daripada kalangan wanita dan keluarga mangsa berhubung penderaan yang melibatkan gangguan emosi, mental dan psikologi.

"Sudah tiba masanya untuk akta ini dipinda mengikut kehendak semasa memandangkan ia sekarang hanya memberikan perlindungan kepada mangsa dari aspek penderaan fizikal," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau juga menyatakan pindaan ini turut memudahkan urusan mendapatkan perintah perlindungan sama ada perintah perlindungan (PO) atau perintah perlindungan interim (IPO) yang dapat difailkan di mana-mana mahkamah tanpa mengira wilayah bidang kuasa mahkamah itu berada.

"Ia juga boleh difailkan oleh mana-mana pegawai mahkamah dan tidak terhad kepada Pendaftar Mahkamah sahaja. Pindaan ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang," katanya lagi.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kabinet pinda takrifan 'keganasan rumah tangga'"

Catat Ulasan