Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 1 Julai 2011

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Maaf andai warkah ini hadir tanpa pengetahuan M. Saya sekadar mahu mengucapkan terima kasih kerana M sudi menerima saya yang serba kekurangan ini sebagai kawan M.

Saya sedar kita masih belum sempat untuk saling mengenali lebih rapat lagi, namun takdir Allah telah menentukan perkenalan ini dan kemungkinan ada hikmahnya perkenalan ini.

Sebelum coretan ini dilanjutkan, saya ingin berterus terang pada M, M kelihatan sungguh sempurna di mata saya dan saya merasakan diri saya terlalu kerdil. M, saya dapat rasakan di hati saya yang saya sudah mula sukakan dan ada perasaan sayang pada M.

Pertamanya, maaf jika kehadiran warkah saya ini yang tanpa diundang.


M pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia berkuasa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apa lagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…

Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah serta sempurna. Tidak terkecuali M dan saya sendiri, bukan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara ; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu.

Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi pasangan saya kerana saya juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai jika dia dapat menerima saya seadanya. Allahlah yang lebih mengetahui.

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan, bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa. Jagalah hati M dan bantulah saya dalam menjaga keimanan saya.

Bagi saya M sudah cukup sempurna kerana saya jua manusia biasa, hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini. Masih terlalu banyak kekurangannya namun dengan kehadiran M, saya yakin hidup kita kan lebih sempurna dan saling melengkapi.

Benar kita tidak pernah mengenali sebelum ini, namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak mampu membina perhubungan yang bahagia bersama, dengan ilmu yang kita ada, saya yakin segalanya kan dapat dilaksana dengan sebaiknya.


‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’

M maaf sekali lagi dengan segala kata-kata saya dalam penulisan saya ini, maaf jika saya keterlaluan sangat.

Sesungguhnya setiap patah perkataan yang tertulis ini, telah pun kering dakwatnya di Luh Mahfuz. Itu janji saya. Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datangnya daripada insan lemah ini. Fikir-fikirkanlah.

Wassalam…

Saya ikhlas berkawan dengan M kerana Allah. Syukran Jazilan.

Insan kerdil MNBMZ

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "السلام عليكم و رحمة الله و بركاته"

Catat Ulasan