Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 1 Julai 2011

Bekas Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zain Hashim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Zain Hashim meninggal dunia di Hospital Selayang pada 3.50 petang akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 81 tahun.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Tropicana Indah, Kota Damansara, disembahyangkan di Masjid Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pukul 10 malam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Salifah Mohd Esa dan tiga anak, iaitu Zubaidah, 49, Zainul Bahrain 38 dan Abdul Aziz, 16.

Allahyarham dilantik sebagai jeneral dan menyandang jawatan Panglima Tentera Darat kelapan dari 20 Jan 1981 sehingga bersara dari perkhidmatan tentera pada 15 Jan 1984.

Zainul Bahrain berkata bapanya dimasukkan ke Hospital Selayang sejak sebulan lalu serta mula menunjukkan perubahan Jumaat lepas, dan doktor turut mengesahkan kesihatan beliau sukar pulih.

Turut hadir memberi penghormatan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

-- BERNAMA
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bekas Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zain Hashim Meninggal Dunia"

Catat Ulasan