Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 7 Julai 2011

Aku mencintaimu sayangku


Sayang
Jika kau mencintaiku
Cintailah aku tanpa melihat siapa aku di masa lalu
Tapi lihatlah aku di masa sekarang
Kerana aku adalah manusia biasa
Yang jauh dari kata sempurna
Yang tanpa sadar pernah melakukan kesalahan

Sayang
Aku hanya ingin engkau cintai aku seadanya
Jangan cintai aku kerana rupaku
Tapi cintailah aku kerana agamaku

Andaikan engkau tahu
Keinginan terbesarku adalah menjadi halal untukmu
Halal untuk engkau kecup keningku
Halal untuk engkau sentuh tanganku
Bersama-sama kita mengarungi pahit manisnya hidup ini
Bersama-sama kita membangun sebuah hidup yang bahagia
Kerana cinta yang aku punya adalah cinta yang suci
Dan tulus aku berikan untukmu
Aku sangat menginginkanmu menjadi pendamping hidupku
Menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakku

Aku amat mencintai dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku
Siang malam ku merinduimu sayang
Percayalah, sayang dan cintaku hanya untukmu
Kerana cintaku adalah cinta yang suci
Dan tulus ikhlas aku berikan untukmu sayangku


InsyaAllah Dikau kan ku bawa ke tanah suci selepas kita diijab kabulkan seandainya kita bertemu jodoh, janjiku pada Ilahi di depan kaabah akan ku tunaikan kerana pintaku padaNYA tertunai dan hendak bawamu ke tanah suci untuk melihat keagungan Kaabah. Semoga di sana kita berdoa, bahagia dan kekal akhir hayat, amin.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Aku mencintaimu sayangku"

Catat Ulasan