Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 6 Julai 2011

Pentadbiran Persekutuan

Saya rasa ramai yang masih belum tahu mengenai pentadbiran persekutuan. Di sini saya ingin menyampaikan apa yang dikatakan sebagai pentadbiran persekutuan sebagai memberi gambaran yang lebih jelas akan perkara ini yang menyangkup semua bidang secara keseluruhannya.

PARLIMEN

Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Sebagai satu badan perundangan, Parlimen terdiri dari Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat (dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong)

Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menentukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

DEWAN NEGARA

Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.

Menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas dan juga wakil kaum minoriti seperti wakil orang asli.

Dalam perlantikan tersebut Yang Di Pertuan Agong akan mengikut nasihat Perdana Menteri. Manakala 29 orang anggota yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri, 2 orang daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Seseorang yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.

STRUKTUR ORGANISASI

Sistem dan struktur organisasi Kerajaan Malaysia mengandungi tiga (3) komponen utama iaitu :-

a) Badan Perundangan (Legislative)

b) Badan Pemerintah (Executive)

c) Badan Kehakiman (Judicirial)

Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Utama negara mengetuai tiga badan kerajaan. Pemerintahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama dilakukan supaya pemumpuan kausa tidak berlaku kepada mana-mana pihak. Inilah yang dimaksudkan "Doktrin Pemisahan Kuasa" . Idea ini dicetuskan oleh Motesquieu,ahli falsafah politik dan undang-undang Perancis dalam abad 18. Doktrin Pemisahan Kuasa ini berujuan supaya kuasa negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan.


Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain. Badan ini dikenali sebagai Parlimen Malaysia dan mengandungi tiga elemen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen hendaklah dan mestilah diluluskan oleh ketiga-tiga elemen tersebut. Dal hal ini, Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan ataupun membubarkan Parlimen diatas nasihat Jemaah Menteri. Namun begitu, Yang Di Pertuan Agong tidak perlu menghadiri sidang Parlimen kecuali bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen.

Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjwab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang. Kuasa perundangan ini telah ditetapkan oleh Perelmbagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang alam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Badan perundangan Persekutuan dan Negeri adalah tidak tertinggi, mereka hanya menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, yang membuat undang-undang adalah Parlimen Malaysia. Undang-undang sebelum Hari Kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadanya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan telah dibuat.

Dewan Negara adalah Majlis tertinggi atau dikenali dengan nama "Senate". Dewan Negara akan membahaskan suatu rang undang-undang dengan lebih terperinci berbanding dengan Dewan Rakyat dan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara kepentingan umum, Dewan Negara mempunyai 69 ahli dimana 40 adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan 26 lagi dari ahli Dewan Undangan Negeri. 40 orang yang dilantik adalah dari kalangan orang yang membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam dan atau mencapai kepujian dalam lapangan profesion perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil kaum asli. Sementera 26 orang daripada ahli Dewan Undangan Negeri terdiri dari dua orang wakil bagi setiap negeri, dua dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik Yang Di Pertuan Agong. Tempoh jawatan ahli Dewan Negara adalah 3 tahun dan jawatan tidak terhenti sekiranya berlaku pembubaran Parlimen. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenakan. Dewan Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat merupakan satu Majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui Wakil Rakyat mereka. Kesemua ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia. Seseorang ahli hanya mewakili sebuah kawasan pilihanraya tetapi ada juga beberapa orang mewakili dua kawasan pilihanraya iaitu kawasan pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi ahli Dewan dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dia juga dianggap berhenti jika :- a) hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan b) tidak hadir dala mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan (Perkara 52 Perlembagaan Persekutuan) atau c) jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya.

Tiap-tiap ahli Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempatnya. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih. Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang i Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.

Badan Kehakiman (Judicirial) adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini. Mengikut Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman bagi Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terleatk di Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan, Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan mahkamah-Mahkamah Bawahan. Bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi.

Kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim (body of judges) dalam satu sistem perlembagaan. Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dan negara lain. Para Hakim diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa atau otoriti yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan proses pengimbangn kuasa. Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk mewujudkan sistem mahkamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat dilaksanakan, Mahkamah mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana :

a) mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara

b) mentafsir undang-undang

c) mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri

d) mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah disegi undang-undang

Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu, jika ianya betul. Pihak mahkamah pula mentafsirkan bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan bidang kuasa pemindaan adalah hak badan perundangan atau parlimen sahaja.

Badan Pemerintah (Eksekutif)

Badan pemerintah atau eksekutif diketuai oleh seorang perdana menteri yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Perdana Menteri pula mengetuai kerajaan atau kabinet dan juga parti yang memenang majoriti di Parlimen.

JEMAAH MENTERI (KABINET)

Jemaah Menteri diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-Menteri.

Kabinet dibentuk oleh parti yang mendapat majoriti (bilangan undi/kerusi) dalam Parlimen.

Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, melantik Menteri-Menteri Kabinet dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen.

Semua Menteri dalam kabinet sama-sama bertanggungjawab (kolektif) kepada Parlimen, bagi semua keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

Kabinet menentukan semua dasar-dasar negara selaras dengan kedudukannya sebagai badan eksekutif yang tertinggi di Malaysia.

Kabinet menjalankan tugas-tugas pemerintahan (kuasa eksekutif) atas nama Yang Di Pertuan Agong.

Beberapa Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk membantu menjalankan tugas-tugas tertentu iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kewarganegaraan, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan.

Setiausaha Kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara merangkap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Setiausaha Kabinet menjalankan tugas berikut seperti menyediakan agenda mesyuarat kabinet, menyediakan minit-minit mesyuarat Kabinet, menyimpan bahan-bahan rekod, rekod rahsia dan terhad yang dibincangkan, menyelaraskan jentera pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

STRUKTUR JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Jentera Pentadbiran Pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdiri daripada organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah Perlembagaan Persekutuan dan organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah kuasa pihak berkuasa.

Susunan Jentera Pentadbiran Persekutuan merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Jabatan, Suruhanjaya, Perbadanan Awam, Agensi-Agensi Pusat dan Badan-Badan Penyelaras.

Jabatan Perdana Menteri

Badan induk yang berfungsi menyelaraskan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan menentukan corak kepimpinan negara atau menentukan pelaksanaan dasar-dsar kerajaan secara cekap dan berkesan menerusi kementerian-kementerian, diketuai oleh Perdana Menteri, dan dibantu oleh Menteri-Menteri Kabinet. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas dasar beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Organisasi-organisasi yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan untuk berfungsi secara langsung dibawah Jabatan Perdana Menteri termasuklah Majlis Pembangunan Negara, Majlis Perancangan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Negara, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Perpaduan Negara, Agensi-Agensi Pusat.

Kementerian

Agensi pentadbiran tertinggi dalam system pentadbiran Kerajaan Persekutuan, berfungsi menggubal dasar, merancang program pembangunan negara dan melaksanakan program dibawah pengawasan Menteri berkenaan. Di ketuai Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Ketua Setiausaha menjadi penasihat pentadbiran kepada Menteri. Dibahagi menurut fungsi iaitu di Peringkat Persekutuan (seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan) dan berfungsi di peringkat Persekutuan dan Negeri (seperti Kementerian Kebajikan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia).

Jabatan

Agensi kerajaan yang terletak di bawah sesebuah kementerian yang terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Persekutuan, Jabatan Negeri dan Jabatan Cawangan Persekutuan. Lazimnya Jabatan Persekutuan di ketuai oleh seorang Ketua Pengarah (contohnya Ketua Audit Negara bagi Jabatan Audit Negara, Akauntan Negara bagi Jabatan Akauntan Negara atau Peguam Negara bagi Jabatan Peguam Negara)

Perkhidmatan Awam Persekutuan

Perkhidmatan Awam Persekutuan meliputi Pasukan Polis, Angkatan Tentera, Perkhidmatan Pendidikan, Perkhidmatan Am Bersama, Perkhidmatan Awam Setiap Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Tidak Meliputi Jawatan Anggota Pentadbiran.

Suruhanjaya

Malaysia mempunyai tiga jenis Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan (Tetap bagi memastikan pengambilan, perkhidmatan dan disiplin kakitangan kerajaan dikendalikan dengan saksama antaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang), Suruhanjaya Pilihanraya (bagi memastikan sesuatu pilihanraya dijalankan dengan saksama tanpa memihak kepada mana-mana parti politik atau kawasan pengundi) dan Suruhanjaya Khas (Sementara bagi mengatasi masalah yang timbul ekoran sesuatu isu yang sensitive seperti Suruhanjaya Gaji Aziz, Suruhanjaya Gaji Harun, Suruhanjaya Di Raja 1968, Suruhanjaya Di Raja 1973).

Suruhanjaya Perkhidmatan

Terdapat lima suruhanjaya perkhidmatan peringkat Kerajaan Persekutuan yang diantaranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera).

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Ditubuh dibawah Perkara 139, Perlembagaan Persekutuan. Anggota dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan rundingan Majlis Raja-Raja dan nasihat Perdana Menteri. Terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan dianggotai oleh Seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan empat hingga tiga puluh orang ahli. Pengerusi dan Naib Pengerusi adalah daripada bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih dari lima tahun. Suruhanjaya berfungsi untuk perlantikan dalam perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri tertentu dan kakitangan perkhidmatan keretapi, pengesahan jawatan dalam perkhidmatan awam, meletakkan kakitangan dalam status pencen bagi mereka yang berpencen, menukarkan kakitangan dalam satu skim atau jawatan yang lain, kenaikan pangkat kakitangan dalam perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan awam, mengambil tindakan disiplin bagi kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan A, B dan C.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan Empat hingga lapan orang ahli. Ahli-ahli Suruhanjaya Pendidikan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong (atas nasihat Perdana Menteri dan setelah di runding dengan Majlis Raja-Raja. Peranan Suruhanjaya Pendidikan ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan perguruan dan menempatkan guru-guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan kedalam kategori tertentu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang

Ditubuhkan dalam tahun 1957 di bawah perkara 138 Perlembagaan Persekutuan. Dianggotai oleh Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan seorang atau bebrapa ahli kehakiman dan undang-undang. Ahli-ahli Suruhanjaya Kehakiman dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung) Peranan Suruhanjaya Kehakiman ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan kehakiman dan undang-undang dan menempatkan ahli kehakiman dan undang-undang dalam kategori tertentu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

Ditubuhkan di bawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai bidang kuasa keatas semua anggota Pasukan Polis Di Raja Malaysia. Dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Dalam negeri (Pasukan Polis)Seorang dari ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan dua hingga enam ahli yang lain. Fungsinya ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan polis dan menempatkan anggota polis dalam kategori tertentu.

Majlis Angkatan Negara

Ditubuhkan di bawah perkara 137 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai bidang kuasa keatas semua anggota Angkatan Tentera. Dianggotai oleh Menteri Pertahanan, seorang wakil Yang di Pertuan Agong (dilantik oleh Majlis Raja-Raja), Ketua Turus Angkatan Tentera (dilantik oleh Yang di Pertuan Agong), Dua orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera Persekutuan (dilantik oleh Yang di Pertuan Agong), Seorang oegawai kanan Tentera Laut dan Tentera Udara (dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong) dan dua orang ahli lain (dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong) Fungsinya ialah mengawasi pentadbiran angkatan tentera dan mengawal tatatertib anggota-anggota angkatan tentera.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pentadbiran Persekutuan"

Catat Ulasan