Bagaimanapun, sehingga kini, hanya polis yang akan membuat pemantauan pada hari berkenaan dan tentera hanya akan dipanggil jika keadaan memerlukan.
Demikian menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Saleh Mat Rasid dan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.
Sebelum itu, mereka berdua menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman antara kedua-dua pasukan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam demontrasi tersebut, diperlihatkan bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rajimen Askar Melayu Diraja menangani rusuhan.
Ketika ditanya, apakah latihan bersama ini ada kaitan dengan perhimpunan haram Bersih 9 Julai, kata Datuk Saleh, ia merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang dan tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih.
“Polis dan tentera sentiasa mengadakan latihan bersama berkaitan dengan ketenteraman awam, ini merupakan latihan kedua, dan sebahagian dari perancangan “Strategi Laut Biru” yang digariskan Jabatan Perdana Menteri,”katanya.
Menurutnya, latihan ini diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan polis dan tentera dalam melaksanakan operasi bersama apabila keadaan memerlukan.
“Latihan ini merangkumi aspek kemahiran keanggotaan, kesesuaian penugasan, sistem kawasan komunikasi dan kelengkapan peralatan logistik, dan ini merupakan lahitan siri kedua, di mana yang pertama kita lakukan pada tahun 2008.” ujarnya.
Latihan yang bermula 4 Julai itu melibatkan lebih 300 anggota dari kedua-dua pasukan.
Turut serta menyaksikan demonstrasi tersebut adalah pegawai kanan dari kedua-dua pasukan keselamatan itu.
0 ulasan: on "Polis dan tentera bekerjasama tangani ancaman ketenteraman awam"
Catat Ulasan