Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 8 Julai 2011

Bersih : Jalan raya di KL lengang awal hari ini

KEADAAN di luar Stadium Merdeka tenang tanpa sebarang aktiviti yang membabitkan perhimpunan BERSIH pagi ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KEADAAN lengang dan tenang sepanjang jalan Tun Perak menuju ke Dataran Merdeka apabila polis mengumumkan penutupan laluan ke Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi perhimpunan haram BERSIH 2.0 sekitar Kuala Lumpur tengah malam tadi. - Foto Aizuddin Saad


Foto papagomo.com


Foto papagomo.com

KUALA LUMPUR – Suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan beberapa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat-peringkat ekoran beberapa pihak merancang mengadakan perhimpunan haram.

Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dengan anggota polis berada di beberapa kawasan bagi mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup beberapa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke beberapa jalan lain.

Sementara itu, perkhidmatan bas di tiga terminal utama di Kuala Lumpur beroperasi sementara di terminal lain sejak awal hari ini.

Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta. – Bernama


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih : Jalan raya di KL lengang awal hari ini"

Catat Ulasan