“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
“Macam mana tu?”
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”
“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”
“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”
“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”
“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”[2]
1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”
[2] Ihya Ulumuddin, Kitab Ilmu Pengetahuan, Bab Kebawajipan Seorang Pelajar. Menurut Imam Al-Ghazali ini adalah kata-kata Ali r.a. Namun, tiada bukti untuk mensabitkan dan tiada bukti untuk menidakkan.
1 ulasan: on "Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan? ..."
Molek2...ahsanta...
Catat Ulasan