Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 6 Julai 2011

Panglima ATM temui Presiden Indonesia


JENERAL Zulkifeli Mohd. Zin disambut oleh Susilo ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden itu di Istana Presiden, Jakarta, semalam.

JAKARTA 5 Julai - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden, Jakarta Pusat di sini.

Pada pertemuan selama 45 minit itu, Zulkifeli yang baru dilantik ke jawatan berkenaan berkongsi iltizam beliau untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara angkatan tentera Malaysia dan Indonesia ke peringkat yang lebih tinggi.

Zulkifeli berkata, beliau secara peribadi amat berbesar hati kerana berpeluang mengadakan pertemuan dengan Susilo dan mendengar pandangan daripada ketua negara republik itu mengenai keakraban hubungan angkatan bersenjata antara Malaysia dan Indonesia.

Susilo, kata Zulkifeli, menjelaskan betapa keakraban hubungan angkatan bersenjata kedua-dua negara itu juga sekali gus menyumbang terhadap perhubungan bilateral Malaysia dan Indonesia.

"Susilo juga menyatakan bahawa perhubungan angkatan bersenjata ini merupakan satu pilar yang kukuh dan penting dalam hubungan bilateral, selepas pilar hubungan kerjasama ekonomi dan perniagaan," katanya kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan itu.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Markas ATM, Laksamana Muda Datuk Abd Hadi A. Rashid; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan Atase Pertahanan Malaysia di Indonesia, Brigidier Jeneral Datuk Mohd. Anuar Rijaludin.

Kunjungan hormat ke atas Susilo merupakan lawatan perkenalan Zulkifeli sebagai Panglima ATM selepas dilantik pada 15 Jun lalu. Indonesia merupakan negara pertama yang dikunjungi beliau.

Susilo turut memberitahu Zulkifeli agar keakraban hubungan di peringkat pucuk pimpinan ketenteraan kedua-dua negara terus dikembangkan di peringkat tengah dan bawah.

Pada pertemuan itu Zulkifeli turut menyampaikan salam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Susilo. Hubungan ketenteraan Malaysia dan Indonesia kata Zulkifeli kini berada pada landasan yang kuat dan sangat kukuh.

Sehubungan itu ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI), jelas beliau, sentiasa berupaya menyelesaikan isu dua hala seperti sempadan perairan negara, dengan cara bijaksana dan harmoni.

Terdahulu pada sebelah pagi, Zulkifeli mengunjungi Panglima TNI, Laksamana Agus Suhartono dan Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro. - Utusan


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Panglima ATM temui Presiden Indonesia"

Catat Ulasan