Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 8 Julai 2011

Isu laman sosial hina Agong

KUALA LUMPUR 8 Julai — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mengambil masa secukupnya bagi menjalankan siasatan ke atas laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah khas Seri Paduka berhubung isu perhimpunan haram.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya telah meminta SKMM agar tidak menyiasat secara terburu-buru kerana ia boleh menjejaskan pendakwaan.

Menurutnya, ia juga bagi membolehkan pihak SKMM mengumpul bukti yang secukupnya untuk diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Kita tidak mahu sejarah berulang, sebelum ini kita bawa kira-kira 14 kes seumpama itu ke muka pengadilan, tetapi kesemuanya diketepikan kerana kita tidak mempunyai bukti yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Datuk Seri Setia Lim Jock Seng serta Menteri Tenaga Brunei, Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Datuk Seri Paduka Awang Mohammad Yasmin Umar di Angkasapuri di sini.

Baru-baru ini, dua pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama ”DAPSugu” dan ”AMK Rembau” didakwa telah menghina serta memperlekeh kebijaksanaan Tuanku Mizan dalam menangani isu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sebelum ini pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyuarakan rasa kurang selesa dengan kelewatan SKMM menyiasat laman sosial yang menghina Seri Paduka tersebut.

Mengulas lanjut, Rais berkata, memandangkan ia mengaitkan institusi kerajaan, maka pihaknya mahu siasatan dijalankan sebaik mungkin dan mengheret mereka yang berkaitan ke muka pengadilan.

“Insya-Allah hal ini akan diteruskan. Proses siasatan harus diteliti dengan sedalam-dalamnya bagi memastikan ia berada di tahap integriti yang tinggi,” ujarnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Isu laman sosial hina Agong"

Catat Ulasan