Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 8 Julai 2011

Bersih : Polis sedia lulus permit

KUALA LUMPUR 8 Julai – Polis sedia meluluskan permit dalam tempoh segera kepada pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah membenarkan tiga penganjur sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) atau Pemuda UMNO untuk berhimpun, asalkan ia bukan di ibu kota.

“Saya tidak tahu apa sebabnya nak bermati-matian berhimpun di Stadium Merdeka, walhal kalau hari ini dia mohon nak ke Stadium Melawati di Shah Alam seperti yang dicadangkan Menteri Besar Selangor sendiri, kita boleh lulus juga.

“Sebab itu saya sekali lagi tawarkan kepada mereka kalau sanggup adakan perhimpunan di luar Kuala Lumpur dan boleh terima tawaran MB Selangor, tidak menjadi masalah untuk kita susah payah bimbangkan kemungkinan yang berlaku esok,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Hishammuddin turut memaklumkan, polis menolak permohonan tiga penganjur itu untuk mendapatkan permit mengadakan perhimpunan di ibu negara esok kerana mengutamakan keselamatan orang awam.

Menurutnya, setelah membuat pertimbangan dengan mengambil kira keselamatan di ibu negara, pihaknya memutuskan menolak permohonan Bersih dan Pemuda UMNO untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selain permintaan Perkasa untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa.

“PDRM adil dalam membuat keputusan kerana bukan sahaja Bersih tidak dibenarkan berhimpun di Stadium Merdeka, tetapi Stadium Titiwangsa yang dipohon oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang terlebih dahulu memohon berhimpun di Stadium Merdeka juga ditolak,” katanya.

Beliau berkata, PDRM juga sudah membuat persediaan rapi sejak 3 Julai lalu untuk menghadapi sebarang kemungkinan esok dan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa sahaja kuasa yang ada terhadap pihak terlibat dalam perhimpunan haram itu.

Tegasnya, polis mempunyai cukup anggota untuk mengawal keadaan di ibu negara kerana turut mendapat bantuan dari negeri-negeri lain.

Katanya, sebarang tindakan akan diambil oleh polis bergantung kepada perkembangan yang berlaku esok.

“Kita nak lihat apa situasi sebenar bakal berlaku esok sebab tiada sesiapapun boleh mengatasi undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mendengar khabar angin dan percaya terhadap maklumat tidak tepat mengenai perhimpunan haram yang disebarkan melalui Internet dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, jika tidak pasti dengan maklumat diterima, orang ramai boleh mendapat kesahihannya dengan menghubungi talian hotline PDRM iaitu 03-21460524 dan 03-21460525.

Tambahnya, orang ramai juga boleh mendapatkan perkembangan terkini melalui laman sosial Facebook PDRM.

Mengenai keputusan Pemuda UMNO mahu mengadakan perarakan bermula dari Bukit Bintang hingga Stadium Merdeka esok, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa tetap dengan pendirian bahawa siapa sahaja terlibat dalam perhimpunan haram tidak kira Pemuda UMNO, Bersih atau Perkasa, mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan.

“Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam,” katanya kepada pemberita petang ini.

Beliau berkata, permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor.

Mohamad Zulkarnain berkata, dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu.

Justeru, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

“Bagaimanapun, pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis,” katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Bersih : Polis sedia lulus permit"

Catat Ulasan