Aku tahu siapa diriku
tanpa hadirmu.
Barangkali hanya seekor kelkatu
yang selalu tergoda kepada cahaya
dan hangus sayap
di bawah bahangnya.
Kau selalu kudamba
bukan kerana syahwat
atau gelojoh hendak
melepaskan hasrat
tetapi kerana kuingin minggat
dari gelap yang pekat
dan di bawah teduh restu
kuingin bersama
kasih kita bersatu
tanpa selain iktikad
di depan kiblat
hanya menyerah hajat
dalam taubat dan khusyuk solat.
InsyaAllah Dikau kan ku bawa ke tanah suci selepas kita diijab kabulkan seandainya kita bertemu jodoh, janjiku pada Ilahi di depan kaabah akan ku tunaikan kerana pintaku padaNYA tertunai dan hendak bawamu ke tanah suci untuk melihat keagungan Kaabah. Semoga di sana kita berdoa, bahagia dan kekal akhir hayat dan hajatmu untuk ke sana tercapai, amin.
0 ulasan: on "Kepada Perempuan Itu"
Catat Ulasan