Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 8 Julai 2011

Biasiswa Agong diteruskan

PUTRAJAYA 8 Julai - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menyambung program penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong khusus untuk penuntut cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPA hari ini, sebanyak 12 tempat ditawarkan iaitu masing-masing enam untuk sarjana dan PhD bagi calon mengikuti pengajian dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi serta undang-undang di dalam dan luar negara.

"Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong dibuka dari 11 hingga 18 Julai 2011," menurut kenyataan itu di sini.

Untuk memohon biasiswa berkenaan, pemohon perlu mengemukakan Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2010 yang boleh dimuat turun menerusi portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my Maklumat penawaran boleh diperoleh dengan menghubungi talian hotline 03-88853436/3892/3564 atau berkunjung ke kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA di Aras 5, Blok C1, Parcel C, JPA, Putrajaya dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari dan 2 petang hingga 5 petang.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Biasiswa Agong diteruskan"

Catat Ulasan