KUALA LUMPUR: Siasatan awal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung insiden pelanggaran ruang udara Malaysia oleh pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mendapati ia hanya berlaku di Pulau Batu Putih, kata Panglimanya, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
“Apa yang berlaku bersangkut paut dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dulu.
“Pada peringkat kita, jawatankuasa teknikal masih berbincang dan belum ada keputusan akhir kecuali terus membantah insiden itu," katanya ketika ditemui bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean di sini, semalam.
Rodzali berkata, insiden tersebut itu bagaimanapun tidak mengganggu keselamatan negara dan negara jiran hanya menjalankan sesi latihan.
Terdahulu, ketika ditanya mengenai insiden itu, Ahmad Zahid berkata perkara itu dikendalikan Kementerian Luar dan bantahan sudah dikemukakan.
Minggu lalu dalam jawapan bertulisnya kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) di Dewan Rakyat, Ahmad Zahid berkata 2,508 pencerobohan ruang udara oleh pesawat tentera udara Singapura di ruang udara Malaysia dikesan sejak 2008. – BERNAMA
0
ulasan:
on "TUDM : ‘Jet pejuang Singapura hanya berlatih’"
‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar DIA milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’
Naim Qlate
Laman Naim Qlate : Suatu Ketika 2011. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan: on "TUDM : ‘Jet pejuang Singapura hanya berlatih’"
Catat Ulasan