Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 6 Julai 2011

PDRM, ATM pamer kekuatan

leh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

HELIKOPTER turut digunakan dalam Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 antara ATM dan PDRM di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mempamerkan keupayaan masing-masing melalui Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu pertunjukan demonstrasi menangani perhimpunan jalanan di negara ini.

Demonstrasi membabitkan kekuatan seramai 120 anggota FRU dan 120 anggota Batalion 25 RAMD itu adalah hasil kerjasama operasi dan latihan kedua-dua organisasi tersebut yang dirancang sejak dua tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rasid, demonstrasi itu tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

demopolisatm513

demopolis513

"Ia merupakan strategi 'Lautan Biru' yang dijalankan berterusan menerusi Jawatankuasa Penyelaras Operasi dan Latihan PDRM dan ATM sejak 2008 bagi mempelajari antara satu sama lain dari sudut logistik dan penggunaan tenaga untuk menjaga ketenteraman awam.

"Demonstrasi itu pertama kali dipertontonkan kepada umum dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan perhimpunan haram Bersih.

"Kita buat demonstrasi itu sebab menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang kami terima (PDRM dan ATM)," katanya.

Turut menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di Kem Sungai Besi itu ialah Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Demonstrasi itu turut mempamerkan pasukan FRU dan Batalion 25 RAMD menangani keadaan huru-hara yang dimulakan 30 perusuh selain lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "PDRM, ATM pamer kekuatan"

Catat Ulasan