Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 7 Julai 2011

Remaja masih memperlekeh undang-undang jalan raya

Panggil polis bodoh, pekerja butik didenda RM50

KUALA TERENGGANU: Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM5RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lalu di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

BARU-BARU ini seorang wanita dari Terengganu didenda dan dipenjara kerana memanggil anggota polis "bodoh". Ini adalah kes yang membabitkan seorang wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis semasa ditahan kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Pada hakikatnya masih ada penunggang motosikal menunggang tanpa memakai topi keledar walaupun telah berulang kali diberi peringatan dan teguran oleh pihak berkuasa. Sikap tidak menghormati undang-undang ini amat menyedihkan.

Selain menunggang tanpa topi keledar, wujud masalah mereka yang suka melanggar lampu merah bahkan ada ketika semasa polis sedang menjalankan tugas di tempat berhampiran.

Sebagai penguna jalan raya, membuat saya tertanya-tanya mengapa begitu banyak penunggang motosikal sanggup memperjudikan nyawa mereka ketika menyeberangi persimpangan jalan dengan melanggar lampu merah.

Ia bukan hanya isu penunggang motosikal individu tetapi juga pasangan ibu bapa yang kadang-kadang meletakkan anak kecil mereka tersepit di antara penunggang dan pembonceng.

Berdasarkan pemerhatian saya lebih daripada 50 peratus penunggang melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan. Kalau kita menempatkan pegawai penguat kuasa di persimpangan lalu lintas, sudah pasti ramai akan tertangkap. Tetapi itu bukanlah persoalannya, isu di sini mengapa penunggang motosikal tidak menunjukkan rasa hormat terhadap undang-undang bahkan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dan nyawa orang yang mereka sayangi.

Apa yang lebih merunsingkan adalah peningkatan trend remaja dan belia yang tidak menghormati undang-undang. Nilai-nilai murni tidak lagi mencorak perilaku mereka dan perasaan hormat kepada undang-undang dan ketenteraman awam nampaknya semakin pudar.

Remaja semuda 15 tahun terlibat dalam aktiviti lagak ngeri mat rempit, malah mengejek dan mencabar pihak polis di jalan raya. Sindrom perilaku negatif seperti samseng jalanan, buli di sekolah, bertindak ganas, bersikap biadap dan kurang ajar jelas membuktikan bahawa kempen kesopanan kita belum berkesan.

Persoalan ketidakpatuhan terhadap undang-undang perlu dikaji dan penyebab dikenal pasti sebelum ia menjadi lebih parah. Adakah pihak sekolah dan ibu bapa telah melakukan secukupnya untuk menerapkan rasa hormat kepada undang-undang di kalangan generasi muda?

Adakah tekanan negatif rakan sebaya yang telah membawa remaja kepada situasi yang tidak diingini ini? Adakah perilaku sebilangan pemimpin kita yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam menghormati undang-undang mengakibatkan masalah ini timbul.

Semua persoalan ini adalah sangat relevan dan saya ingin mencadangkan supaya satu badan bebas ditubuhkan untuk mengkaji sejauh mana seriusnya trend remaja yang tidak menghormati undang-undang.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Remaja masih memperlekeh undang-undang jalan raya"

Catat Ulasan