Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 21 September 2010

Profesional ke medan 'perang'


PARA pegawai Askar Wataniah yang mengikuti Kursus Ketua Kompeni (Sukarela) Siri 1/2010 bergambar bersama komandan dan jurulatih Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) Ipoh, Perak.


KEMARAAN tentera musuh yang dikesan datang dari arah Pengkalan Hulu, Gerik harus disekat. Musuh yang sebelum ini telah menewaskan Briged Ke-6 Infantri semakin mengasak untuk mara menghampiri Ipoh.

Menerusi maklumat perisikan, satu kumpulan peninjau musuh berkekuatan satu platun yang dilindungi tiga kereta perisai sedang mendahului kemaraan musuh itu berdekatan Kampung Gelok, Lenggong, Perak.

Sebagai pasukan paling hadapan, Kapten Nasran yang mengetuai Kompeni A dari Batalion ke-308 Askar Wataniah (AW) menerima arahan daripada pegawai atasannya agar menyekat kemaraan musuh itu sebelum operasi seterusnya dilakukan oleh pihak briged.

Berpandukan arahan tersebut, beliau menyiapkan pelan perkiraan keadaannya termasuk meninjau lokasi musuh di atas peta bagi memastikan rancangan tempur yang diaturnya membuahkan kejayaan.

Dengan keupayaan tempur pasukannya, Kapten Nasran merangka strategi paling berkesan termasuk mendapatkan bantuan pengeboman daripada pihak artileri.

Senario tersebut bukanlah pertempuran sebenar, tetapi gambaran sebuah operasi ketenteraan yang disimulasikan kepada para penuntut Kursus Ketua Kompeni (Sukarela) Siri 1/2010 yang diadakan di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan), Ipoh, Perak baru-baru ini.

Kursus selama dua minggu yang dihadiri oleh para pegawai simpanan sukarela itu bagi menguji kemahiran mereka terhadap taktik Peperangan Terbuka serta Operasi Melawan Insurgensi yang dilakukan secara Latihan Tanpa Terup.

Sepanjang tempoh tersebut, sebagai penuntut kursus, mereka bukan sahaja diuji taktik-taktik peperangan yang sesuai digunakan bagi sesuatu operasi, tetapi juga menilai keupayaan sesuatu pertempuran berpandukan kepada aset-aset persenjataan yang diberi.

Setiap hari, mereka perlu menyiapkan pelan perkiraan keadaan yang berbeza mengikut senario operasi yang diberi untuk dinilai oleh pegawai pemeriksa. Kegagalan merancang dengan betul boleh menyebabkan kecelakaan kepada pasukan sendiri.

Setiap rancangan perkiraan yang dikemukakan akan dinilai oleh pegawai pemeriksa selain ujian bertulis yang bakal menentukan prestasi mereka pada akhir kursus nanti.

Latihan di Puswatan itu merupakan fasa kedua kursus yang dijalankan mengikut modul Kursus Jarak Jauh Dibimbing (KJJD) setelah melalui fasa pertama selama dua minggu bersama pasukan masing-masing.

Ia merupakan kursus kerjaya yang wajib dihadiri para pegawai AW berpangkat Kapten seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat bagi memastikan pegawai-pegawai AW sentiasa terlatih dan didedahkan dengan ilmu peperangan terkini.

Penuntut bekerjaya profesional


SOO SIANG (depan, empat dari kiri) diumumkan Penuntut Terbaik Keseluruhan, manakala Rizal (depan, tengah) berjaya sebagai Penuntut Terbaik Akademik.


Bagi kursus kali ini, ia dihadiri seramai 34 pegawai AW dari pelbagai unit dan pasukan seperti Siri 500 Infantri, Kor Armor Diraja, Rejimen Artileri Diraja dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya antaranya doktor, peguam, guru, pegawai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, ahli perniagaan serta wartawan.

Ini termasuklah tiga pensyarah universiti berstatus profesor madya dan seorang pengarah pusat pengajian.

Mereka ialah Kapten Profesor Madya Rashid Dollah dari Palapes Universiti Putra Malaysia, Kapten Profesor Madya Kamaruddin Kana (Palapes Universiti Malaysia Sarawak), Kapten Profesor Madya Yang Soo Siang (Palapes Universiti Malaysia Sabah) dan Kapten Dr. Halim Mokhtar (Palapes Universiti Malaya).

Turut serta ialah pasangan suami isteri, Kapten Rizal Rohim dan Kapten Mazliza Mohamad, kedua-duanya dari Rejimen Ke-505 (AW).

Biarpun berjawatan tinggi dan berstatus profesional, mereka berpendapat ia bukan halangan untuk memainkan tanggungjawab sebagai barisan pertahanan kedua pertahanan negara di dalam pasukan AW.

“Senario operasi yang berbeza memerlukan kami perlu cepat berfikir dan bertindak merangka strategi pertempuran.

“Walaupun ia hanyalah simulasi peperangan, tetapi situasi sebenar tidak mustahil boleh dihadapi sekiranya negara berhadapan dengan konflik,” tegas Rashid.

Menurut pensyarah pengurusan Fakulti Ekonomi UPM itu, sebagai pegawai AW, kursus tersebut dapat menajamkan lagi kemahiran ilmu peperangan dan taktik ketenteraan yang dimiliki.

Bagi Halim, pensyarah kanan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya (UM) pula, pembabitan golongan profesional dalam bidang ketenteraan amat dialu-alukan.

“Dalam kursus ini misalnya, kami bukan sahaja diminta mengatur strategi, malah memastikan ia dapat diimplementasikan dengan baik serta membuat penilaian yang seimbang mengenai musuh dan pasukan sendiri.

“Apabila menyarung uniform tentera, secara automatik kami perlu berfikir dan bertindak seperti tentera.

“Namun yang menariknya, apa yang dipelajari ini juga boleh diaplikasikan dalam kerjaya seharian kami terutamanya dalam soal perancangan,” ujar Pengarah Pusat Sukan UM ini lagi.

Pada akhir kursus, Soo Siang diumumkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan, manakala Rizal sebagai Penuntut Terbaik Akademik.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Profesional ke medan 'perang'"

Catat Ulasan