Pada 1 Mac, RTM berjanji akan menyiarkan drama bersiri (13 episod) PLATUN HARIMAU (PH) semperna HUT Tentera Darat yang Ke-78 (1 Mac 1933). Tetapi tidak jadi disiarkan kerana tiada ruang kosong sebab siri drama lain tengah ditayangkan di RTM. Drama PH yang ditunggu sekian lama. Selepas tarikh tayang pada 1 Mac tertunda, saya terbaca di blog Lt Kol Mohd Radzi tayangan Drama PH akan di udara pada 21 Julai 2011 (Khamis) sehingga tarikh tamat tayangan pada 20 Okt 2011, masa tayangan jam 9.00 malam, setiap malam khamis. Saluran TV2 (Slot Selekta Prima On 2 sempena bulan kemerdekaan).
Semalam sekitar jam 8.08 malam saya terima SMS dari Lt Kol Mohd Radzi dari Markas 4 Divisyen, Kem Wardieburn. SMS ringkasnya "Salam, jangan lupa saksikan 13 episod Drama Platun Harimau malam ini di TV2 jam 9 malam, di adaptasi dari Novel saya, salam semua". Memang semalam saya dah tak sabar untuk menyaksikan Drama PH sebab dah lama saya tunggu Drama atau Filem berkenaan ATM. Saya berharap PH akan ditayangkan sehingga habis episod, jangan jadi macam Drama Insurgensi tahun 2003, dah la siarannya waktu bekerja, Dramanya pula separuh jalan kerana RTM batalkan tayangannya sebab apa tidak tahu, maybe sebab ramai komunis tu orang Cina kot yang kena tembak?
Anggota Tentera Darat pun ramai yang terkorban, kudung anggota badan, buta dan lain-lain kena jerangkap samar. Pengganas komunis adalah bangsat dan penderhaka. Mereka telah bertindak kejam kepada rakyat. Keduanya ialah Tentera Darat khususnya Askar Melayu telah dengan gigih berjuang. Dalam perjuangan itu, ramai perajurit askar Melayu yang terkorban, tercedera, putus kaki, cacat penglihatan dan sengsara hingga ke saat ini. Bangkitlah anak-anak Malaysia menentang golongan yang memperjuangkan komunis.
Drama PH juga beberapa babak di potong dengan alasan "1 Malaysia", babak yang memaparkan anggota komunis cina ditembak. Semalam masa saya tengok permulaan Drama PH, nampak sangat ada babak di potong semasa PH menggempur komunis dalam hutan. Kejayaan PH membunuh 5 orang pengganas komunis telah tersebar luas dalam kem, di akhbar dan sampai ke pengetahuan ibu Lt Fauzi, pegawai muda yang memimpin PH Rejimen Askar Melayu Diraja.
Saksikan espisod akan datang, episod 2 dan seterusnya.
Bendera Malaysia, dilipat kemas, keranda diturunkan, yang tinggal hanyalah tanah merah sebatang dahan kemboja. Tujuh das tembakan dilepaskan, meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bendera diserahkan kepada balu Prebet Aleng yang sarat mengandung.
“Puan, Saya bagi pihak Seri Paduka Baginda YDP Agong, negara Malaysia dan seluruh rakyatnya, Tentera Darat khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja; dengan kalimah Allah, kami serahkan bendera Malaysia yang mana kerananya Perajurit Aleng binti Wan Minah telah berjuang dan terkorban. Tanah pertiwi dan rakyatnya bernafas dan hidup dengan nyawanya”.
Bendera Malaysia dilipat tiga segi diserahkan. Isteri perajurit Aleng terjelepok di pusara. Ayah mertuanya teresak-esak di dahan kemboja yang masih hijau dan harum.
Setelah mendapat khabar malang dari sahabat-sahabat di perbatasan, Platun Harimau yang sedang menjalani latihan lanjutan khas di Kem Komando, Sg Udang, menamatkan latihan lebih awal.
Kata Jurulatih Komando:
"Hari ini, sudah sampai masanya, anak-anak harimau kembali ke hutan. Ingatlah pesan terakhir, anda hanya ada dua pilihan iaitu 'membunuh atau terbunuh"
Kata jurulatih PARPU komando:
[Belantara tidak menyediakan tilam dan karpet merah untuk anda. Jangan hebat di atas tetapi jika jatuh ke bawah, anda tidak hebat. Nyawa di tangan anda sendiri]
0 ulasan: on "Episod 1 : Drama Platun Harimau ditayangkan semalam 21 Julai, Khamis"
Catat Ulasan