Untuk hidup bahagia dalam berumahtangga, suami dan isteri (kedua-duanya, bukan 1 pihak saja) mestilah faham tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Suami mesti tahu apakah hak-hak isteri yang perlu dia penuhi. Begitu juga isteri, mesti tahu tanggungjawab dan peranannya sebagai seorang isteri. Isteri perlu taat kepada perintah suami (dengar cakap) selagimana suruhan suaminya itu tidak bercanggah dengan syariat.
Para suami mestilah bijak untuk hargai dan melayan isterinya. Antara tanggungjawab dan peranan suami ialah;
- Memenuhi hak-hak dalam rumahtangganya (cari nafkah halal, menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan sebagainya)
- Ikram @ melayan anak-anak depan isteri
- Bawa keluarga jalan-jalan, beriadah @ melancong
- Puji masakan isteri
- Puji isteri apabila nampak kebaikan dia
- Bercerita di malam hari
- Beri hadiah kepada isteri
- Hiasi diri dengan akhlak (Contohnya bercakap lemah lembut dengan isteri…)
- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebahagiaan rumahtangganya
- Masak untuk isteri sekali sekali
1. Bersikap tegas
Tegas, tapi lemah lembut terhadap isteri. Ingatlah isteri bukan orang gaji yang anda boleh perintahkan sesuka hati. Isteri amat perlukan layanan lembut dari suaminya, bukannya selalu meninggikan suara bila bercakap dan tak mahu mendengar isi hati isteri.
2. Memberikan pujian terhadap isteri
Walaupun sebenarnya isteri tak perlukan pujian, tetapi jika suami rajin memuji isterinya maka dia akan merasa yakin diri. Dan Rajinlah ungkapkan perkataan sayang dan cinta supaya isteri merasa yakin dan sentiasa merasa dihargai.
3. Menentukan batas tanggung jawab
Islam telah mengatur tanggung jawab suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang hahal, dan isteri pula berkewajipan melayan suami dan menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Jika isteri bekerja pandai-pandailah menolongnya apa yang patut. Yang lebih elok, bahagikan tugas2 yang bersesuaian..
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Jika ada sesuatu pada isteri yang anda tak berkenan, bincangkan secara baik bukan dengan mengkritik. Isteri akan hilang hormat terhadap anda.Suami tidak berhak bertindak kasar dan mengkritik serta menghina sewenang-wenangnya.
Suami yang terlalu banyak mengkritik akan meninggalkan kesan negatif terhadap isteri :
- Perasaan isteri akan tertekan akibat menahan marah.
- Menimbulkan pelbagai penyakit fizikal akibat perasaan kecewa dan tekanan batin.
- Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
- Akibat selalu dikritik dan tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya.
- Untuk menyenangkan hati isteri akan menyalahkan anak-anak.
- Jika perasaannya terlalu tertekan mungkin dia ingin perceraian.
Jika semasa bercinta anda sanggup melakukan apa sahaja untuk dapat menarik hatinya, maka setelah berkahwin sepatutnya anda berusaha lebih lagi untuk menarik hati isteri dan bersikap romantik. Ramai lelaki beranggapan salah ‘dah dapat buat apalagi nak susah-susah…..’ Suami yang menganggap remeh hal ini akan menghilangkan rasa cinta dihati isteri sedikit demi sedikit.
6. Memahami isteri yang selalu ingin berada disamping suami
Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya, tak kiralah berapa lama usia perkahwinan anda. Malah semakin lama anda bersama sepatutnya semakin rapatlah hubungan anda bukannya saling menjauh. Kebersamaan boleh mengeratkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan tenang dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggung jawab akan sentiasa memberikan perasaan aman dan tenteram terhadap isterinya. Dan selalu menyelesaikan masalah rumah tangga secepatnya.
8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita mudah mengalami perubahan emosi, suami mesti menerima hakikat perubahan emosi isterinya. Dan bertolak ansur agar jangan cepat menghukum isteri yang berubah angin tiba-tiba, mungkin hal ini disebabkan perubahan hormon dalam dirinya, janganlah dimarahi. Sebaiknya tanyakan secara lembut kenapa dia marah atau berubah emosi tiba-tiba.
9. Membina kerjasama yang baik
Suami mestilah boleh dibawa berbincang bukannya menggunakan kuasa veto dalam menentukan apa-apa yang diinginkannya.
10. Memenuhi keperluan peribadi isteri
Wanita mempunyai sifat yang khusus dan mempunyai keperluan peribadi masing-masing. Jangan bandingkan isteri anda dengan wanita lain yang tentunya memiliki keperluan peribadi yang lain dari isteri anda.
Semua perkara yang dituliskan ini memang nampak mudah saja untuk diamalkan. Namun, hakikatnya ramai para suami diluar sana yang seringkali lalai @ tidak serius dalam mempraktikkannya.
Realitinya, ramai para suami yang tak pandai nak menjaga hati isteri. Seorang suami yang baik perlulah bersimpati dan mempunyai rasa kasihan terhadap isteri. Tambahan pula dalam dunia moden sekarang ini, yang memerlukan isteri juga keluar bekerja sama seperti suami.
Kalau isteri tidak bekerja sekalipun, suami perlu memahami bahawa kerja seorang surirumah tak pernah habis dari pagi sampai malam. Cuba bayangkan tekanan perasaan yang mesti dihadapi isteri setiap hari. Mendidik @ melayan karenah anak, melayan suami, mengemas rumah, memasak, sapu lantai, basuh pinggan, gosok baju dan bermacam lagi kerja rumah.
Wajarkan seorang suami hanya duduk melepak, baring-baring depan TV, melayan facebook, membaca surat khabar, bermalas-malasan baring atas sofa dan minta dilayan isteri saja? Sedangkan isterinya juga penat bekerja ditambah dengan pelbagai kerja rumah yang perlu dibereskan.
Kepada semua para suami di luar sana, marilah kita sama-sama cuba untuk bertolak ansur dan saling membantu (suami & isteri) agar rumahtangga kita aman bahagia selamanya insyaAllah.
0 ulasan: on "Tips untuk menjadi suami penyayang"
Catat Ulasan