Home
Ramadhan
Petua Kurangkan Lapar Dan Dahaga
Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
Mesti Bersahur
Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
Baca lagi, makan lagi.
(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)
Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.
(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.
Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
0 ulasan: on "Petua Kurangkan Lapar Dan Dahaga"
Catat Ulasan