Sempena wukuf di Arafah (9 Zulhijjah 1434H / 14 Okt 2013) dan
Hari Raya Korban 10 Zulhijjah 2013 (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah
Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah
Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan
sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah
petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik
antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak
mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni
mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia
melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan
makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering
atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan
sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana
kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini
kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat,
serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan
perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk
ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah
terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda
dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah
solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar
hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam
dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot,
lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh
berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita
dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu.
Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu
telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya.
Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan
kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka
hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong
seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid
Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang
ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua
tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu
di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya
merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas,
kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing,
seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala
menunggunya di alam akhirat nanti. Amin
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji)
yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih,
Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat
Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih,
Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah)
yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air
Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air
Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada
barangan lain yang difikirkan sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara
berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut,
sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
(NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41,
Jalan Siantan 3,
Taman Seri
Paroi,
70400
Seremban,
Negeri
Sembilan.
|
Tel / Fax :
06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website :
www.raudhah2u.my
Weblog : www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj
Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing"
Catat Ulasan