JIKA ditinjau semangat kerjasama dalam masyarakat kini yang semakin
longgar. Banyak faktor yang menyebabkan semangat kerjasama ini semakin longgar.
Antaranya, masyarakat sibuk dengan hal sendiri dan mementingkan kehidupan
sendiri. Selain itu, sikap tidak mahu mengambil tahu hal orang lain juga
menyebabkan sikap ini semakin melebar.
Kehidupan orang Melayu sejak dahulu lagi sebenarnya sangat mementingkan
sikap kerjasama dan tolong-menolong. Hal ini juga dipengaruhi dengan kawasan
perumahan yang tidak berpagar menyebabkan hubungan semakin dekat dan rapat.
Kini, di bandar-bandar rumah semuanya berpagar dan menyebabkan semangat dan sikap
kerjasama ini semakin renggang.
Dalam usaha membina keluarga cemerlang sikap kerjasama ini sangat
penting diterapkan dalam keluarga dan masyarakat. Hidup bermasyarakat dengan
mengamalkan sikap kerjasama dan gotong-royong dapat mengeratkan lagi perpaduan
dalam masyarakat berbilang kaum.
Faktor lain yang menyebabkan perpecahan dalam masyarakat adalah sifat
dengki, benci-membenci dan berpaling muka. Kesannya terhadap individu,
seseorang itu akan dibenci oleh orang lain. Sukar bergaul dengan orang ramai. Jiwa
dan perasaannya sentiasa dalam keadaan tidak tenang dan tenteram. Seseorang itu
akan disisihkan oleh masyarakat. Seterusnya, sifat kasih sayang akan hilang
pada diri seseorang.
Manakala kesan kepada masyarakat pula, berlakunya pergaduhan dan
permusuhan dalam masyarakat seterusnya menjadi lemah. Jika ini berlaku dalam
masyarakat Islam, kita tidak akan dihormati oleh masyarakat lain. Sekali gus
wujud suasana yang tidak aman dan tidak tenteram dalam masyarakat.
Melalui semangat kerjasama yang erat, kepekaan dan tindakan terhadap isu
dan masalah sosial dalam masyarakat sangat penting diterapkan. Hal ini dapat
mengelakkan pelbagai masalah sosial dan gejala negatif seperti penyalahgunaan
najis dadah, vandalisme, gengsterisme, pergaulan bebas, penderaan dan penyalahgunaan
teknologi.
Semangat kerjasama amat penting diamalkan dalam kalangan umat Islam.
Melalui semangat kerjasama akan terjalin semangat ukhuwah, bertanggungjawab,
tolong-menolong, kasih sayang, hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika
ditinjau semangat ini sedikit sebanyak masih diamalkan di kampung-kampung dan
kawasan pedalaman.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya, “Seseorang mukmin terhadap mukmin
lainnya seumpama bangunan, saling mengukuhkan satu dengan yang lain, (Kemudian
Rasulullah SAW merapatkan jari-jari tangan baginda).” (riwayat Mutafaq alaih)
Melalui hubungan kerjasama akan menghindar sifat marah, dendam, hasad
dengki, cemburu, riak, takbur, ujub, fitnah memfitnah, yang boleh merenggangkan
ummah. Umat Islam seharusnya menjalin semangat kerjasama dalam pelbagai
kehidupan seperti sosial, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Jika semangat
kerjasama dapat dijalinkan akan dapat membangunkan ummah.
Ulama besar, Al Hassan Al Basri menyatakan, “Berjabat tangan itu
memperkuat rasa kasih sayang". Sementara cerdik pandai berkata, yang
dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji anda tetapi adalah
orang yang dapat menunjukkan kesalahan anda."
Semangat kerjasama juga akan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam
bagi menghadapi kehidupan yang penuh mencabar. Islam menegah kita daripada
bermusuh-musuhan.
Ali bin Abi Thalib berkata, “Lidah kawan yang setia dan jujur, lebih
berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang."
Jelaslah kesetiaan dan kejujuran sangat penting dalam kehidupan. Sifat
baik melalui kerjasama ini hendaklah dididik dalam keluarga, jiran tetangga dan
ahli masyarakat. Jika sifat dan nilai ini diamalkan sentiasa, masyarakat akan
membangun serta bersatu padu menghadapi segala rintangan dalam kehidupan secara
bersama.
Oleh itu, kerjasama dan musyawarah adalah penting dalam proses
pengembangan pendidikan dan idea untuk memberi kefahaman dan kesepakatan dan
seterusnya ke arah tercapainya kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Islam
sendiri sangat menekankan kerjasama dan musyawarah ini dalam menyelesaikan
persoalan dalam kehidupan bermasyarakat.
Melaluinya akan terjalin persaudaraan dan berdasarkan prinsip
persaudaraan inilah akan terbentuk akhlak dan sahsiah yang baik dan terpuji
dalam membina wawasan hidup. Jelaslah, orang-orang Mukmin itu bersaudara dan
damaikan jika kedua-dua saudara kamu itu berkelahi atau berselisih faham dengan
berpegang kepada tali Allah.
# Artikel #
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji)
yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Bekerjasama kukuhkan perpaduan"
Catat Ulasan