Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2011

Amah Indonesia terlepas hukuman pancung

RIYADH 26 Jun - Seorang lagi amah Indonesia yang dijatuhi hukuman pancung kerana membunuh majikannya yang berasal dari Yemen pada 2009 di negara ini, terlepas hukuman itu selepas kerajaan Indonesia membayar 2 juta riyal (RM1.6 juta) wang pampasan kepada Arab Saudi.

Darsem binti Dawud dibebaskan selepas Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia menghantar wang tersebut kepada kedutaannya di Riyadh.

"Wang pampasan itu dibayar oleh dua pegawai Kedutaan Indonesia kepada sebuah panel di Riyadh yang menguruskan kes berkenaan

"Pembayaran wang itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi pekerja kami di luar negara walaupun kosnya tinggi," kata pegawai di Bahagian Perlindungan Warganegara Kedutaan Indonesia, Hendrar Pramutyo, semalam.

Katanya, mahkamah Riyadh juga telah memutuskan untuk membebaskan Darsem yang kini masih ditempatkan di Penjara Malaz, di sini.

"Saya berharap Darsem akan dibebaskan secepat mungkin." katanya.

Pembantu rumah itu berasal dari bandar Subang, di wilayah Jawa Barat. Dia disabitkan kesalahan oleh mahkamah di Riyadh pada Mei 2009 dan dijatuhi hukuman pancung.

Menurut laporan media Indonesia hari ini, Darsem mendakwa majikannya sering cuba merogolnya dan dia terpaksa membunuh lelaki itu bagi mempertahankan diri.

Januari lalu, keluarga majikan itu bersetuju memaafkan Darsem sekiranya mereka menerima bayaran pampasan.

Seramai 28 amah Indonesia kini menanti pelaksanaan hukuman pancung di Arab Saudi, sementara 1,000 yang lain masih ditahan di penjara di seluruh negara ini di atas pelbagai kesalahan. - Agensi


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Amah Indonesia terlepas hukuman pancung"

Catat Ulasan