Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 1 Julai 2011

Tatu: PDRM, ATM bergabung malam ini

SEREMBAN 30 Jun – Pasukan tatu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bergabung dengan pasukan tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengadakan pertunjukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini pada pukul 8 malam esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memberitahu, persembahan tatu selama dua jam setengah itu diadakan sempena sambutan perkhidmatan polis ke-204 tahun di negara ini dan merupakan kali pertama diadakan dengan ATM.

‘‘Seramai 850 pegawai dan anggota daripada kedua-dua pasukan keselamatan itu akan mengambil bahagian pada pertunjukan tatu tersebut yang diadakan secara percuma kepada orang ramai.

‘‘Pertunjukan tatu itu juga melibatkan persembahan pancaragam PDRM dan ATM, kawad tanpa perintah oleh Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, tempur tanpa senjata oleh ATM, kawad patung oleh Pulapol Kuala Lumpur.

‘‘Tidak ketinggalan adalah persembahan akrobatik bermotosikal oleh PDRM dan ATM, unit berkuda dan Komando 69,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Osman menjelaskan, pertunjukan tatu itu adalah bagi merealisasikan pendekatan kepada masyarakat berteraskan konsep berintegriti, tegas, adil dan berhemah selain mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat.

Melalui pertunjukan tatu itu juga katanya, ia dapat mempamerkan kemahiran, kecekapan dan semangat tinggi PDRM dan ATM dalam melaksanakan tugas masing-masing.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Tatu: PDRM, ATM bergabung malam ini"

Catat Ulasan