Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2011

Taiwan terima 71 jet pejuang

TAIPEI 26 Jun – Taiwan akan menerima sejumlah jet pejuang Indigenous Defensive Fighters (IDF) yang dinaik taraf pada minggu depan sebagai sebahagian projek untuk meningkatkan pertahanan udara negara ini berjumlah TW$17 bilion (RM1.789 bilion), kata pegawai hari ini.

Jurucakap tentera udara berkata, sejumlah jet pejuang itu yang dibina di dalam negara ini dijadual dihantar ke bandar Taichung Khamis ini.

Kementerian Pertahanan membelanjakan TW$17 bilion untuk menaik taraf 71 jet pejuang IDF itu atau hampir separuh kekuatan barisan pertahanan udara yang berpangkalan di pangkalan udara Tainan sebagai sebahagian daripada projek selama empat tahun sejak 2009.

‘‘Sebahagian jet pejuang IDF lagi mungkin dinaik taraf, ia bergantung kepada bajet,’’ kata jurucakap itu.

Pakar berkata, jet pejuang itu akan dilengkapi empat peluru berpandu udara ke udara berbanding dua peluru berpandu selain bom dan peluru berpandu darat.

Selain itu, kata pakar, radar, sistem pertempuran elektronik dan komputer misi jet berkenaan turut dinaik taraf.

‘‘Tentera udara pada mulanya enggan meluluskan projek itu selepas dikemukakan oleh syarikat pembuat pesawat negara itu, Aerospace Industrial Development Corp. pada awal 2000.

‘‘Namun, ia diluluskan pada 2008 selepas Amerika Syarikat enggan menjual jet pejuang F16C/D atau menaik taraf jet F16A/B milik Taiwan,’’ kata pakar.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou mengulangi permintaan untuk AS menjual jet F-16C/D itu ketika bertemu bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz di Taipei semalam.

AS pada tahun lepas meluluskan pembelian senjata untuk Taiwan berjumlah AS$6.4 bilion (RM19.2 bilion) termasuk peluru berpandu Patriot dan helikopter Black Hawk tetapi ia tidak melibatkan jet pejuang. – AFP


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Taiwan terima 71 jet pejuang"

Catat Ulasan