Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 1 Julai 2011

Persembahan Tatu PDRM dan ATM menjalin hubungan mesra

TATU PDRM bersemangat perkasa menjalin hubungan mesra

PAROI : 1 Julai – Persembahan Tatu Polis DiRaja Malaysia bersempena Sambutan Hari Polis ke-204 berlangsung meriah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Dengan tema ‘ 204 Tahun Melindungi Masyarakat dan Negara’ persembahan Tatu ini juga bertujuan mengeratkan hubungan dan menerapkan rasa menghormati di antara masyarakat dan PDRM sejajar dengan konsep ‘1 Malaysia’.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin menjadi ‘Tetamu Kehormat’ memeriahkan program persembahan Tatu ini yang dihadiri hampir 20,000 penonton berbilang kaum.

Sejarah Tatu PDRM bermula sejak tahun 1940 dan semenjak itu persembahan Tatu kerap terus diadakan dengan menampilkan pelbagai keunikan serta kecekapan anggota PDRM dari cawangan unit tertentu.

Antara acara pada pertunjukan tatu itu ialah persembahan pancaragam PDRM dan ATM, kawad tanpa perintah oleh Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, tempur tanpa senjata oleh ATM, kawad patung oleh Pulapol Kuala Lumpur, persembahan akrobatik bermotosikal oleh PDRM dan ATM, unit berkuda dan Komando 69 dan juga acara payung terjun.

Persembahan Tatu PDRM sering digabungkan dengan persembahan Tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pastinya menyerlahkan lagi kehebatan kedua-dua pasukan penjaga keamanan Negara ini serta menghasilkan semangat bangga juga keyakinan tinggi semua para penonton terhadap keupayaan PDRM dan ATM.

Sejajar dengan misi PDRM mahu memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi Negara serta menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat, program-program seumpama ini amat berkesan juga dirasakan mampu menarik minat golongan muda menyertai pasukan beruniform ini.

Persembahan Tatu PDRM dan ATM malam tadi jelas memperlihatkan disiplin yang tinggi serta fokus yang jitu menjadikan keterampilan kedua-dua pasukan ini luar biasa dan dikagumi oleh semua pihak sehingga penonton juga tidak berganjak sampai ke akhir persembahan.

Penganjuran program persembahan Tatu ini juga pastinya akan dapat menyampaikan mesej bahawa PDRM dan ATM sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ancaman dan mampu mempertahankan kedaulatan Negara pada bila-bila masa.

Kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri , PDRM, ATM dan masyarakat tentunya mampu memberi impak positif dalam mengatasi semua isu serta permasalahan yang dihadapi bertujuan menjamin keamanan serta kesejahteraan rakyat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Dato’ Osman Hj. Salleh dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin yang mewakili Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

klik disini utk lebih banyak gambar : http://n9kini.fotopages.com/?entry=2252064


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Persembahan Tatu PDRM dan ATM menjalin hubungan mesra"

Catat Ulasan