Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2011

Latihan tentera Korea Selatan hari ini

SEOUL 26 Jun - Korea Selatan akan mengadakan latihan ketenteraan berdekatan sempadan Korea Utara bermula esok.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, tenteranya akan mengadakan latihan di bandar Paju sehingga Jumaat ini.

''Latihan ini merupakan satu perkara rutin bagi meningkatkan persediaan tentera,'' katanya tanpa mengulas lanjut.

Hubungan kedua-dua negara itu tegang sejak Korea Utara dituduh menenggelamkan kapal perang Seoul yang mengakibatkan 46 orang anak kapalnya maut, selain serangan bom ke atas sebuah pulau dekat sempadan bersama yang menyebabkan empat orang terbunuh pada tahun lepas.

Keadaan semakin buruk apabila Pyongyang pada bulan lepas bertindak memutuskan semua hubungan dengan kerajaan konservatif Seoul yang mendesak Korea Utara memohon maaf di atas dua serangan berkenaan (serangan ke atas kapal perang dan serangan ke atas pulau Korea Selatan).

Sementara itu, sebuah kumpulan rakyat Korea Utara yang berpaling tadah di Seoul semalam mengedarkan risalah anti-Pyongyang di sempadan negara ini dan menggesa rejim komunis itu digulingkan walaupun menerima ancaman bunuh dari Korea Utara.

Belon-belon besar yang tertera slogan anti-Pyongyang turut dilepaskan termasuk meminta pemimpin negara itu, Kim Jong-Il digulingkan selain menggelar anak bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un sebagai waris diktator. - AFP


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Latihan tentera Korea Selatan hari ini"

Catat Ulasan