Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 27 Jun 2011

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA"

Catat Ulasan