Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 26 Julai 2013

Tazkirah Ramadhan : Jauhi prasangka buruk elak perpecahan



 

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah prasangka (buruk), sesungguhnya prasangka buruk itu adalah perkataan paling dusta. Janganlah kalian mendengar cakap orang (pada perkara yang tidak benar), saling selidik menyelidik (untuk mencari kesalahan orang lain), saling bersaing (dalam hal keduniaan), saling membenci dan saling berpaling.

Jadilah hamba Allah SWT yang bersaudara seperti mana yang Dia perintahkan kepada kalian. Seorang Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain dan tidak boleh menghinanya. Takwa di sini (baginda menunjuk ke dadanya). Cukuplah seorang itu dikatakan melakukan dosa apabila dia menghina saudara muslimnya.

Setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram pada darah, kehormatan dan hartanya. Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupa paras kalian tetapi dia melihat kepada hati kalian.”

Pelihara tutur kata

Larangan saling membenci itu bagi mengelak timbul perasaan hasad dengki atau saling membenci sesama mukmin. Tambahan dalam perkembangan dengan adanya media baru ini, kebanyakan kita suka memberi komen tanpa memahami pucuk pangkal sesuatu perkara.

Lebih menyedihkan komen menggunakan kata kasar sehingga tidak menggambarkan keperibadian mukmin yang sepatutnya memelihara tutur kata. Memang kita dibenarkan mengkritik tetapi biarlah dengan cara yang betul.

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kalian bertiga, maka janganlah dua orang saling berbisik-bisik tanpa membabitkan seorang lagi sehingga kalian bercampur dengan orang ramai. Sesungguhnya perbuatan seperti itu (berbisik-bisik) akan menyakitinya.”

Jangan bercerita rahsia

Sengaja mencari silap orang lain sememangnya dilarang, begitu juga sikap suka bercerita perkara rahsia hingga menimbulkan salah anggap orang sekeliling. Peliharalah diri daripada terjebak dengan aktiviti yang boleh mengeruhkan hubungan dengan orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang supaya (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dalam kalangan orang beriman. Bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.” (Surah an-Nur, ayat 19)

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Tazkirah Ramadhan : Jauhi prasangka buruk elak perpecahan"

Catat Ulasan