Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Ogos 2011

Andai Kau adalah tulang rusuk ku yang hilang

Andai kau adalah tulang rusukku yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Aku akan selalu membimbingmu

Agar kau menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadariku di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

.

Andai aku ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakmu

Aku akan jadi ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

.

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi makmum buatku dan anakku

Kau boleh menjadi penolongku yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

.

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

.

Kerana….

Aku hanya mengharapkan Kau menjadi ibu buat anakku dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat mengingatiku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal Isteriku Ku


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 ulasan: on "Andai Kau adalah tulang rusuk ku yang hilang"

kuya kiko berkata...

itu lagu bagus sekali, ada yg bentuk suara gak ya?
trims

Catat Ulasan