SETERUSNYA penulis akan mengemukakan kisah berkaitan dengan Zulkarnain.
Cerita ini merupakan kisah keempat yang terdapat dalam al-Quran. Ia mengisahkan
tentang orang kafir Mekah menghantar utusannya kepada ahli Kitab untuk meminta
apa yang hendak diujikan terhadap Nabi SAW.
Ahli Kitab berkata : Tanyakan kepadanya tentang seorang pengembara yang
berjaya mengelilingi dunia, tentang pemuda yang tidak diketahui apa yang mereka
kerjakan dan tentang roh. Maka surah al-Kahfi diturunkan. Sebelum mentafsirkan
ayat tersebut, perlu dijelaskan terlebih dahulu, siapa Zulkarnain, siapa Yakjuj
dan Makjuj dan di mana empangan Zulkarnain.
Pada ayat ke-83, Ibnu Kathir berkata: Sebagaimana telah kami kemukakan
sebelumnya bahawa orang kafir Mekah pernah mengirim utusan kepada ahli Kitab
untuk menanyakan kepada mereka tentang apa yang dapat mereka lakukan untuk
menguji Nabi SAW.
Kemudian para ahli Kitab itu berkata: Tanyalah kepadanya tentang orang
yang di sekeliling muka bumi, tentang apa yang diketahuinya dan tentang apa
yang dilakukan oleh beberapa orang pemuda dan juga tentang roh. Maka turunlah
surah al-Kahfi.
Diberi nama Zulkarnain kerana dia adalah seorang raja Rom dan Parsi.
Sebahagian orang menyebutkan bahawa di kepalanya terdapat sesuatu yang
menyerupai dua tanduk. Ada pula yang menyatakan diberi nama Zulkarnain kerana
dia sudah berhasil mencapai belahan Timur dan Barat iaitu tempat matahari
terbit dan terbenam.
Al-Maraghi berkata : Orang Quraisy yang berguru dengan orang Yahudi,
mengajukan pertanyaan kepada (Nabi Muhammad SAW) dengan tujuan menguji Baginda.
Katakanlah kepada orang yang keras kepala itu: Aku akan menceritakan
kepada kamu cerita yang lengkap lagi menyeluruh seperti yang kamu minta dan
cerita ini telah diberitahu kepadaku oleh Tuhanku.
Sayid Qutub berkata : Allah SWT telah mengurniakan kepadanya kedudukan
yang teguh dan kekuasaan yang kukuh. Allah SWT telah memberikan jalan-jalan
untuk memerintah dan menakluk, jalan-jalan pembangunan dan kemakmuran,
jalan-jalan kekuasaan dan kesenangan dan segala sesuatu yang diperlukan manusia
untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam kehidupan ini.
Pada ayat ke-84, Ibnu Kathir berkata : Kami telah memberikan kepadanya
kekuasaan yang besar yang mencakupi segala sesuatu yang diberikan kepada para
raja iaitu berupa bala tentera, peralatan perang dan beberapa benteng.
Oleh itu, dia dapat menguasai bumi belahan Timur dan Barat dan banyak
negeri yang tunduk kepadanya bahkan pelbagai raja di dunia pun turut tunduk
kepadanya dan semua orang Arab dan bukan Arab berbondong-bondong mengabdi
kepadanya.
Ayat ini telah ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran:
- Ilmu pengetahuan. Inilah pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, al-Suddi, Qatadah dan lain-lain.
- Iaitu tempat tinggal di bumi dan berbagai-bagai panjinya. Inilah pendapat Qatadah.
- Iaitu pengajaran bahasa-bahasa. Ia tidak memerangi suatu kaum melainkan telah diajak bicara dengan bahasa mereka. Inilah pendapat Abdul Rahman bin Aslam.
Al-Maraghi berkata : Allah SWT memberi kekuasaan kepada Zulkarnain
melakukan mengikut kehendaknya, sehingga beliau berjaya menguasai seluruh dunia
dan mengalahkan seluruh kerajaannya. Allah mengurniakan ilmu, kemampuan dan
kelengkapan tentera bagi menjayakan segala hasrat yang hendak
dilakukannya."
Sayid Qutub berkata : Muhammad Ibnu Ishaq telah menyebut sebab turunnya
surah ini katanya `aku telah diceritakan oleh seorang guru daripada penduduk
negeri Mesir. Dia datang ke tempat kami kira-kira 40 tahun lebih yang lalu dari
Ikrimah, daripada Ibnu Abbas katanya kaum Quraisy telah mengirim al-Nadhr Ibnu
Harith dan Aqabah Ibnu Abu Mu`ayt kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah dan
berkata tanyalah kepada pendeta-pendeta itu tenteng Muhammad SAW, terangkan
sifatnya kepada mereka dan ceritakan apa yang telah dikatakan olehnya kerana
mereka adalah kaum ahli Kitab yang pertama."
Mereka mempunyai ilmu tentang para Anbiya yang tidak ada pada kita. Lalu
kedua utusan itu pergi ke Madinah dan bertanya kepada pendeta-pendeta Yahudi
tenteng Rasulullah SAW. Kedua-duanya menceritakan kepada mereka tentang beliau
dan sebahagian daripada apa yang telah dikatakan olehnya sambil berkata:
Tuan-tuan adalah pakar-pakar kitab al-Taurat dan tujuan kami datang menemui
tuan-tuan ialah supaya tuan-tuan boleh menjelaskan kepada kami tentang teman
kami ini (Muhammad).
Kata Rawi, pendeta-pendeta itupun berkata : Tanyalah kepadanya
(Muhammad) tiga perkara yang kami cadangkan ini, jika dia dapat menjawab, maka
dia adalah benar seorang nabi yang diutuskan Allah SWT dan jika sebaliknya,
maka dia hanya seorang pendusta dan kamu boleh memutuskan fikiran kamu
terhadapnya."
Tanyalah kepadanya tentang sekumpulan pemuda yang telah pergi
menghilangkan diri di zaman dahulu bagaimana cerita mereka kerana cerita mereka
amat menakjubkan. Dan tanyalah kepadanya tentang seorang lelaki yang menjelajah
dunia hingga sampai ke kawasan-kawasan sebelah Timur dan kawasan-kawasan
sebelah Barat bagaimana ceritanya?
Dan tanyalah kepadanya tentang roh dan apakah dia? Jika dia dapat
menceritakan hal-hal itu kepada kamu, maka dia adalah benar seorang nabi yang
boleh kamu ikutinya dan sebaliknya jika dia tidak dapat menceritakan kepada
kamu, maka dia adalah seorang pendusta dan lakukan apa sahaja tindakan
terhadapnya yang kamu fikir wajar.
Lalu an-Nadhr dan Aqabah balik menemui kaum Quraisy dan berkata: Wahai
kaum Quraisy! Kami telah membawa kepada kamu kata pemutus yang dapat
menyelesaikan masalah di antara kamu dengan Muhammad. Pendeta-pendeta Yahudi
itu menyuruh kita bertanya kepada Muhammad mengenai beberapa perkara."
Lalu mereka mengemukakan pertanyaan-pertanyaan yang disuruh oleh
pendeta-pendeta itu.
Rasulullah SAW menjawab: Besok aku akan jawab pertanyaan-pertanyaan kamu
itu tanpa berkata kecuali dikehendaki Allah SWT". Mereka pun berundur
daripadanya. Rasulullah SAW menunggu selama 15 hari 15 malam tanpa mendapat
wahyu daripada Allah SWT mengenai perkara-perkara tersebut dan tanpa dikunjungi
Jibril AS hingga menggemparkan penduduk Mekah. Mereka berkata : Muhammad telah
berjanji untuk menjawab, sekarang telah masuk 15 hari tetapi masih belum ada
jawapan."
Terhentinya wahyu itu telah mendukacitakan Rasulullah SAW. Kemudian
barulah dikunjungi Jibril AS membawakan surah Ashab al-Kahfi, di mana baginda
telah ditegur kerana bersedih terhadap sikap penduduk Mekah, di samping
dimuatkan cerita-cerita yang ditanyakan mereka mengenai kumpulan pemuda dan
lelaki pengembara itu.
Pada ayat ke-85 ia telah ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran :
- Maka dia pun menempuh suatu jalan, iaitu al-Sabab iaitu tempat. Inilah pendapat Ibnu Abbas.
- Maka dia pun menempuh suatu jalan iaitu tempat turun dan jalan antara timur dan barat. Inilah pendapat Mujahid.
- Maka dia pun menempuh suatu jalan. Ia juga dipanggil ilmu pengetahuan. Dia berkata hal yang sama juga dikemukakan oleh Ikrimah, Ubaid bin Yala dan al-Suddi. Dan dia pun mengatakan inilah tanda-tanda dan bekas-bekas. Inilah pendapat Said bin Jubair.
Sayid Qutub berkata : Oleh sebab adanya pelbagai riwayat tentang
sebab-sebab nuzul itu, maka kami memilih untuk berhenti setakat bayangan nas
al-Quran yang amat diyakinkan kebenarannya itu."
Malah daripadanya juga dapat diketahui bahawa ada satu pertanyaan
mengenai Zulkarnain walaupun diketahui siapakah yang mengemukakan pertanyaan
itu. Tetapi pengenalan tentang siapakah yang bertanya itu tidak menambahkan
apa-apa kepada maksud kisah. Marilah kita hadapi nas al-Quran tanpa sebarang
tokok tambah.
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa kebenaran pasti ditegakkan
oleh pendukungnya walaupun sentiasa menghadapi ujian. Hal ini menjadi
sunnatullah. Oleh itu, semangat Zulkarnaian perlu diwujudkan dalam hati
pemimpin umat Islam.
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Haji Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
UPAH HAJI
|
RM 1400
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
UPAH HAJI PLUS
|
RM 2000
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI EXTRA
|
RM 2450
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air
Zam-Zam
|
UPAH HAJI UZUR
|
RM 1900
|
1.
Perlaksanaan
Haji,
Umrah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar
dan 500ml Air Zam-Zam
|
Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :
Klik disini Borang Upah Umrah Online
PERKARA
|
HARGA
|
KETERANGAN
|
Upah Umrah
|
RM 300
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
Upah Umrah Ramadhan
|
RM 400
|
1.
Perlaksanaan
Umrah,
Tahlil Arwah
2.
Sijil Bukti
Perlaksanaan
3.
Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
|
*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan
sesuai.
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :
- Sewa khemah wukuf di Arafah
- Sewa khemah melontar di Mina
- Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
- Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
- Upah tawaf dan saie' haji
- Upah tawaf dan saie' umrah
- Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
|
Ibu Pejabat
|
|
No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
|
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog :
www.badalhaji1.blogspot.com /
www.badalhaji2u.blogspot.com
Email :
raudhah.umrahajj@gmail.com
|
|
Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
|
Pengurus HQ
|
H/P : 013-212 7799
|
0 ulasan: on "Kebenaran seorang Nabi"
Catat Ulasan