Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 25 Mac 2012

TDM : Pahlawan Iban Kanang anak Langkau





Kanang anak Langkau (lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Dirajadan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran.

Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta.

Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Pahlawan Iban Kanang anak Langkau"

Catat Ulasan