Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 4 Mei 2012

ATM : PBB iktiraf anggota wanita Malbatt 4

PARA pegawai dan anggota lain-lain pangkat Malbatt 4 memotong kek sebagai tanda meraikan pengiktirafan yang diberikan PBB.


PEMBABITAN Angkatan Tentera Malaysia dalam misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sememangnya sering dikagumi dan mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

Malah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon dalam lawatannya ke negara ini baru-baru ini turut memuji Malaysia kerana penglibatan negara ini dalam pelbagai misi pengaman serta komitmennya untuk menyokong pelbagai inisiatif badan dunia itu.

Pembabitan ATM dalam setiap misi itu juga bukan sahaja membabitkan lelaki. Malah pegawai dan anggota lain-lain pangkat wanita turut diberi kepercayaan untuk sama-sama berperanan dan mengambil tanggungjawab dalam menjayakan misi itu di seluruh dunia.

Begitu juga dengan kontinjen Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) yang kini sedang berkhidmat dengan pasukan interim PBB (UNIFIL) di Lubnan.

Selain anggota dan pegawai lelaki, Malbatt4 turut disertai dua pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat wanita.

Lebih membanggakan lagi, kehadiran mereka di Lubnan bukan sekadar hanya untuk menyerikan suasana atau gimik semata-mata.

Tetapi kehadiran mereka di sana adalah untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi melaksanakan misi dan menjulang nama baik negara.

Amanah dan peranan yang diberikan kepada pegawai dan anggota wanita itu juga berat dan memerlukan komitmen tinggi untuk mereka menjayakannya kerana ia turut membabit imej dan nama baik negara.

Atas semangat, dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan itu, anggota wanita Malbatt 4 telah mendapat pengiktirafan istimewa daripada PBB.

Sumbangan dan peranan itu telah mendapat perhatian PBB yang melayakkan mereka untuk dianugerahkan Pingat PBB.

Majlis penganugerahan itu telah diadakan pada satu perbarisan yang diadakan di Dataran Malbatt di Tibnin.

Penganugerahan pingat tersebut telah diwakilkan oleh Komander Pasukan UNIFIL kepada Komander Malbatt 4, Kolonel Badrul Hisham Muhammad.

Penganugerahan itu turut membabitkan dua anggota wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang turut sama-sama berkhidmat dengan Malbatt 4.

Majlis itu turut disaksi oleh tetamu jemputan, penduduk awam tempatan dan anggota wanita daripada pasukan ITALLBATT, ROKBATT, GHANBATT dan IRISHBATT.

Mengulas pengiktirafan yang diberikan PBB itu, Badrul Hisham berkata, ia merupakan detik yang cukup membanggakan bagi Malbatt4 atas tugas-tugas yang dilaksanakan oleh semua anggota wanita yang terlibat dalam misi itu.

"Pengiktirafan yang diberikan adalah satu bentuk pengiktirafan secara tidak langsung kepada kebolehan dan keupayaan anggota wanita ATM dan ABDB yang telah berjaya melaksanakan tugas-tugas mereka dengan cemerlang.

Menurut beliau lagi, Walaupun tempoh penugasan hanya enam bulan, tetapi mereka berjaya mempamerkan komitmen dan mutu tugas yang cukup berkualiti sehingga mendapat pujian daripada pasukan UNIFIL yang lain.

Sementara itu, Timbalan Komander Malbatt4, Left. Kol. E.D. Mustafa Bakar berkata, pasukan wanita Malbatt telah berjaya membuktikan penglibatan mereka dalam misi UNIFIL bukan satu gimik tugas.

"Tetapi kehadiran anggota wanita telah dapat mengharumkan nama ATM kerana mereka telah berjaya melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan begitu cemerlang sehingga mendapat pujian daripada penduduk tempatan.

"Ini terbukti melalui penerimaan positif anggota wanita di dalam semjua tugas-tugas harian yang dilaksanakan," katanya.

Ketua Kontinjen Pegawai Wanita Malbatt 4, Kapten Idhura Khlir pula melahirkan rasa terharu terhadap penerimaan penduduk tempatan tentang kehadiran pasukan wanita Malaysia.

Malah katanya, kehadiran mereka lebih dihargai oleh penduduk wanita tempatan.

Anggota wanita dari ABDB pula, Sarjan Diana Awang Jaafar menjelaskan pengalaman beliau selama enam bulan di Lubnan merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, pasukan wanita ABDB turut melaksanakan setiap tugas dengan baik setaraf dengan petugas anggota lelaki yang lain.

Acara perbarisan untuk menganugerahkan Pingat PBB itu diakhiri dengan majlis penyampaian sijil pengiktirafan oleh PBB kepada semua anggota wanita yang telah dilaksanakan oleh Komander Malbatt 4 dalam satu majlis sambutan berasingan di Dewan Rubbhall Malbatt.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : PBB iktiraf anggota wanita Malbatt 4"

Catat Ulasan