CERITA 1 - TENGKORAK BERGEGAR
Ini adalah sebuah cerita menarik tentang tengkorak dan Tok Bomoh yang kena humban dalam pokok mengkuang kat simpang Sg.Udang. Setiap anggota komando mungkin perasan yang setiap intake ada Tok Bomoh rupanya. Macam-macam peel, gelagat dan kepercayaannya. Ada yang siap beratip atas air lagi. Ini cerita benar waktu kami bertemu En Mat Misai, macam2lah cerita yang keluar. Rakan kita Zul Cipan keluarkan cerita tu. En mat jadi sakit perut........
baru tahu ada orang yang curi tengkorak! Kisahnya berkisar sekitar tengkorak, bomoh dan hantu raya. Yg kena campak dlm pokok mengkuang tulah part yg tak boleh tahan. Tok Bomoh yang kena humban tu rupanya adalah bapa mertua rakan juga.
Kisah bermula bila Cik Zul , troop Cik Mat Misai balik dengan membawa hasil 6 biji tengkorak bandit (dua dari padanya hasil dari kerja2 kreatif mengali kubur dalam hutan) dan sesampai sahaja dia di Kem Sg Udang, Cik Zul telah diarahkan untuk menjaga hasil buah tangan itu semalaman sebelum ia dapat diserahkan kepada CO keesokan harinya.
Masalah Cik Zul yg kena tido dengan tengkorak itu adalah, setiap kali lampu bilik dia ditutup, tengkorak2 itu "vibrate"/ bergetar dengan sendiri. Jadi dia pun terpaksalah membiarkan lampu bilik terbuka sebab takut tengkorak itu bergerak.
Perkara itu berlarutan sampailah OC/Duty officer (tak ingat siapa nama pegawai itu) datang. Melihatkan lampu pejabat masih terbuka , beliau pun masuk dan bertanyakan kenapa lampu tidak ditutup. Ssetelah diberitahu oleh Cik Zul sebabnya, pegawai kita ini pun kata.
" Cuba kau check Zul yang mana satu yang bergerak ?? boleh kita buat untuk minta no ekor?? tapi kau jangan tutup lampu lama2 sebab aku pun takut jugak ni”. Jadi bermula lah proses ‘trial and error’ mereka.
“Tutup Lampu!”
“ Ada gerak tapi tak nampak yang mana satu yang bergerak tuan.”
“ Cuba kau ketepikan yang tak bergerak dulu...”
“Dahh!!! tuan!! yang ini tak gerak..”
“tutup balik lampu...” dan begitulah seterusnya sampailah Cik Zul dapat tengkorak yang bergerak.
“Ok tuan yang ini.”
“Bagus Zul , sekarang kau kenal pastikan tengorak yang mana dan besok kau keluar cari bomoh yang pandai menurun bagi nmbor.”
Rasanya ada lagi tengkorak tu kat skuadron x-ray kot. Oleh kerana pada masa tu Cik Zul nak cepat dan tak sabar nak tikam nombor dia pun mintaklah tolong dari seorang hamba Allah yang jual apam balik di Shell simpang Kem Sg Udang. Katanya dulu dia pernah mengubat jiran dan bila ditanyakan padanya dia sanggup nak buat.
Malam itu bermulalah sesi menurun mengunakan tengkorak yang bergerak tu. Memang hebat kata Cik Zul, dan rombongan Cik Zul dgn pegawainya pun telah dihadiahkan dengan satu nombor empat angka. Gembira tak terkata dan elok2 time gaji pula tu. Habis semua duit mereka digunakan untuk membeli nombor tu.
"Tak apa,” kata pegawai tu “ Besok result keluar lusa dah boleh cashkan cek."
Cik Zul pun tanpa membantah perintah boss dia pun ikut lah sama menikam nombor tu. "Komando mana boleh lawan ketua," kata Cik Zul.
Kesokan harinya bila dia sampai di pejabat, dari jauh lagi sudah kedengaran pegawai/OC itu mengamuk memaki hamun. Di tangannya nampak surat khabar dikepit. dan ia mula menambah gundah di hati Cik Zul yang terfikir mungkin amukan tuan ini ada kena mengena dgn nombor ekor yang dibeli semalam.
Sesampai saja Cik Zul di tempat pegawainya sedang mengamuk tu, tak sempat dia berkata apa2 surat khabar yang dikepit tu dah hinggap di muka Cik Zul.
“ BODOH !!!” itu saja kata pegawainya yang kemudian berlalu dari situ.
Betullah sangkaan Cik Zul, pegawainya naik angin sebab nombor yang ditikam tu lansung tak naik...miss pun tidak. Cik Zul pun naik marah sebab terasa beliau dah ditipu oleh bomoh tu. Petang itu mereka berdua ke rumah penjaja apam balik aka Bomoh itu untuk minta semula duit tapi mereka berdua pulak yang disalahkan kerana melanggar pantang.
“ Kena tikam draw besok bukan draw yang semalam.”
Pegawai tadi pun berlalu meninggalkan Cik Zul dgn bomoh tadi mungkin sebab geram sangat dengan jawaban bomoh tu agaknya. Dia pun dah jadi serba salah sebab nak dimarahnya bomoh tu , kawan tu bomoh bidan terjun aje dan profession sebenarnya adalah chef apam balik kat simpang dan permintaan pegawainya pun pelik2 juga.Tanpa berbuat apa2 pada bomoh tersebut Cik Zul pun baliklah pada petang itu.
Pagi esoknya pula, sebelum dia keluar kerja, kecoh dah Kg Sg Udang. Leman (bukan nama sebenar ) sipenjual apam balik tu dah kena kidnap! Satu kampung mencarinya dan nasib baik ada yang terjumpa dia disembunyikan di dalam paya dengan tangan dan kaki yang terikat. Orang2 kampung termasuk juga Cik Zul mengerumuni bomoh malang tu dan betanyakan siapa yang punya angkara.
"ADA LAH HAL NYA ." Jawabnya sambil menjeling pada Cik Zul yang dah start suspek pegawainya punya kerja sebab dia memang tak ada kena mengena dalam hal2 kidnap bomoh malam tadi. “ gitulah ceritanya...
0 ulasan: on "Singkapan kenangan ex-komando"
Catat Ulasan