Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 14 Disember 2013

Agama : Didik hati jaga lidah



jaga lidah
MENDIDIK hati adalah pendidikan diri yang paling penting dalam kehidupan setiap manusia. Kalangan orang tua-tua dahulu selalu menasihatkan generasi sesudahnya agar didik hati supaya sentiasa istiqamah dan berbudi bahasa. Pendidikan hati dengan keimanan dan ketakwaan akan menjurus kepada kesederhanaan dan keinsafan.

Hati yang baik akan menjauhi segala dosa terutama yang melibatkan perkataan dan perbuatan. Justeru, kalangan remaja masa kini sewajarnya mendidik hati supaya segala tindak-tanduk kita sentiasa terpelihara dan tidak dimurkai Allah SWT.

Nabi SAW bersabda : “Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan, maka Allah akan merahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan).” (riwayat Al Hakim)

Justeru, taubat, istighfar, zikrullah, tilawatil Quran, solat fardu dan nawafil serta amal soleh yang lain merupakan kunci yang terbaik ke arah mendidik dan membentuk hati, perasaan dan jiwa ke arah menjadi Mukmin yang mendapat hidayah, keampunan dan rahmat Allah SWT.

Hati dikatakan tempat bertapaknya segala hasad dengki, sombong, bakhil, riak, munafik (nifak), bangga diri (ujub), putus asa, cintakan dunia, perasaan dukacita, mengikut hawa nafsu, buruk sangka, enggan bertaubat daripada dosa, benci sesama Muslim, kufur terhadap Allah, tidak menyedari kejahilan diri, malas melaksanakan ibadah, ragu-ragu terhadap kebenaran ajaran Islam bermula.
Semua sifat ini bermula daripada hati. Kemudian memantulkan kepada percakapan dan perbuatan. Islam melarang keras semua perasaan ini wujud di hati kita kerana ia merupakan dosa hati yang boleh membinasakan diri dan dibenci oleh Allah SWT dan rasul-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud : “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atau nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya.” (An-Nisa: 54)

Menurut Imam al-Ghazali tujuh perkara yang tercela yang boleh merosakkan diri sendiri. Antaranya; suka kepada permusuhan, merasakan kemuliaan diri, takbur, mengagumi diri sendiri, takut hilang cita-cita yang diinginkan, suka menjadi ketua dan jiwanya jahat dan kikir.

Oleh itu, amalan berbudi bahasa dalam masyarakat perlu ditekankan kembali melalui didikan hati di rumah dan di sekolah. Melalui pendidikan hati akan menjadikan budi bahasa lebih terpuji dan berfikir sebelum sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Lantaran itu, Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang soleh Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa.” (Riwayat Ath-Thabrani dan Muslim)

Ini akan menjadikan kehidupan dalam masyarakat lebih tenteram dan tidak akan berlaku perbuatan yang menjurus kepada kesombongan, hasad dengki, riak, cintakan dunia dan bangga terhadap kelulusan, rupa paras serta kedudukan.

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH



.

 

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799







Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Agama : Didik hati jaga lidah"

Catat Ulasan