Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 30 April 2014

Pengiktirafan Tentera Laut sempena Hari TLDM




PANJI-PANJI merupakan satu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada kor-kor Tentera Darat, perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain digunakan sebagai identiti kepada sebuah perkhidmatan atau pun kumpulan, sejarah telah membuktikan bahawa panji-panji juga berperanan dalam membakar semangat serta moral anggota.

Istilah panji-panji berasal daripada perkataan bendera yang digunakan oleh sesuatu ketumbukan angkatan ketenteraan pada zaman dahulu kala.

Tujuan bendera yang berwarna-warni dibawa ke medan perang adalah lambang kekuatan dan kuasa raja bagi satu ketumbukan dan juga tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang mengetuai sesuatu ketumbukan.

Penganugerahan panji-panji kepada ketumbukan ketenteraan ini juga dianggap sebagai mengenang jasa serta perkhidmatan cemerlang mereka kepada negara selama ini.

Sebelum tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebahagian besar angkatan terdiri daripada tentera upahan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Ketika itu, panji-panji amat penting bagi mereka untuk mengenal pasukan masing-masing sebagai penanda, perangsang dan pembakar semangat ketika berada di medan perang.

Panji-panji ini akan sentiasa dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir, dan tiada perbuatan yang dianggap lebih hina kepada sebuah angkatan tentera daripada membiarkan panji-panji itu jatuh ke tangan musuh.

Pada awal kurun ke-19, istiadat yang pada asalnya penuh bersejarah dan diarak semasa peperangan telah diubah coraknya kepada istiadat perbarisan mengarak panji-panji, disesuaikan pula dengan rentak muzik dan lagu.

Lagu-lagu yang digubah untuk istiadat ini dipanggil sebagai troop. Daripada situ, maka timbullah rangkai kata trooping the colours atau istiadat mengarak panji-panji yang bertujuan menghidupkan semula tradisi ketenteraan zaman silam.
Tradisi itu terus diamalkan pada zaman ini dalam ketumbukan ketenteraan dan ATM yang terdiri daripada tiga sayap angkatan iaitu Tentera Darat, TLDM serta TUDM turut tidak terlepas daripada meneruskannya.

Pengurniaan

Panji-Panji

Ahad lalu, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 TLDM di Pangkalan TLDM, Lumut di Perak, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli mengurniakan panji-panji kepada dua unit angkatan TLDM iaitu KD Duyong dan KD Sri Semporna.

Pengurniaan panji-panji kepada kedua-dua KD Duyong dan KD Pelandok itu merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan unit-unit berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa serta memelihara keamanan negara.

KD Duyong

KD Duyong merupakan sebuah pasukan elit TLDM yang bertanggungjawab melaksanakan semua aktiviti berkaitan dengan penyelaman, kejuruteraan bawah air, pemusnahan bawah air, pemusnahan periuk api dan pelbagai lagi.

Unit ini telah terlibat secara aktif dalam pelbagai usaha mencari dan menyelamat mangsa lemas di seluruh negara selain terlibat dalam banyak misi bantuan kemanusiaan serta bencana alam.

KD Duyong juga bertanggungjawab melatih ramai anggota agensi keselamatan negara seperti Pasukan Khas Laut (Paskal), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Unit ini juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kemampuan melatih ramai anggota serta pegawai tentera dari seluruh pelusuk dunia dalam aspek penyelaman.

KD Sri Semporna

Unit ini diwujudkan pada 1996 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan daya tempur yang strategik bagi menangani isu-isu keselamatan dan pergolakan semasa serantau di perairan timur Sabah.

KD Sri Semporna juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan daya tempur Paskal bagi menangani isu-isu keselamatan serta pergolakan semasa di Sabah yang bersempadanan dengan Filipina serta Indonesia.

Selain itu, unit ini juga berperanan memberi bantuan kepada kapal-kapal TLDM dan unit perkhidmatan ATM dan Maritim Malaysia bagi memenuhi keperluan Dasar Pertahanan Negara. Kecemerlangan KD Sri Semporna telah terbukti dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu dan insiden di Semporna sekitar Mac lalu.

Keupayaan dan semangat juang seluruh warga KD Sri Semporna telah memberikan impak besar kepada keseluruhan operasi membanteras pencerobohan tersebut.

Peringatan

Sultan Selangor

Ketika menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Panji-Panji KD Duyong dan KD Sri Semporna serta Perarakan Panji-Panji KD Pelandok, KD Malaya, KD Panglima Hitam dan KD Rajawali, Sultan Sharafuddin yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM berharap agar pengiktirafan yang diberikan kepada KD Duyong dan KD Sri Semporna itu akan menyemarakkan lagi semangat warga kedua-dua unit itu untuk terus gigih mencurah bakti kepada negara.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan oleh Yang di-Pertuan Agong di atas segala pengorbanan dan kecemerlangan yang dipamerkan oleh kedua-dua unit ini khasnya dan seluruh warga TLDM amnya dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi terhadap negara.

Pertahankanlah panji-panji yang dikurniakan ini sehingga ke titisan darah yang terakhir demi menjaga maruah TLDM, ATM dan negara yang kita kasihi ini," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut merakamkan rasa bangga terhadap pencapaian serta prestasi yang dipamerkan oleh ketumbukan laut nombor satu negara itu dalam menjayakan tugas yang telah diamanahkan kepada kepada meraka.

Beta bangga kerana TLDM kini telah menajdi sebuah angkatan laut yang berupaya untuk beroperasi secara tiga dimensi, lebih-lebih lagi dengan kehadiran aset kapal selam yang menjadi kebangaan negara.

Ini menjadikan TLDM setanding dengan tentera laut negara maju yang lain.

Kematangan usia TLDM ini juga menggambarkan kemampuan aset dan sumber manusia yang sedia ada sentiasa dalam keadaan siap-siaga dalam semua aspek untuk diatur gerakkan demi mempertahankan negara tercinta ini," titah baginda.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
IBU PEJABAT

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email      : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ                  
H/P : 013-212 7799

CAWANGAN WP (SELANGOR, K. LUMPUR, PUTRAJAYA)

A-3-32, Apt Teratai,
Jalan Bunga Raya 3,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang, Selangor.
Abdul Rahim Ghazali
Pengurus Cawangan
H/P : 013-212 5577

CAWANGAN UTARA (KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG)

No. 35, Lorong Baiduri 1/2,
Taman Teluk Baiduri,
Teluk Wang Kecil,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Pn. Hazriza Binti Harun
Pengurus Cawangan
H/P : 019-593 6046

CAWANGAN JOHOR

No. 10, Felda Redong 1,
85000 Segamat, Johor.
Pn. Aisha Binti Rahmat
Pengurus Cawangan
H/P : 012-740 6045




Mohammad Nakhaie Bin Hj Mohamed Zain
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Tel     :
+6013-212 7799
Faks  : +606-7620817
Web   : www.raudhah2u.my
Weblog : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email : raudhah.umrahajj@gmail.com

As Salam, maaf mengganggu.

Dimaklumkan bahawa saya ada menerima borang online pendaftaran Badal Haji dari pihak tuan/puan.

PANDUAN PENDAFTARAN / PEMBAYARAN

1. Pendaftaran online melalui web www.raudhah2u.my atau www.badalhaji1.blogspot.com
2. Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum/semasa lafaz akad Badal Haji.
    Pembayaran boleh dibuat secara Deposit tunai (Resit bayaran akan diberikan)
    Nama Penerima : RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
    CIMB ISLAMIC   : 0507 0001 2741 05
3. Sekiranya penyerahan wang dalam bentuk cek, lafaz akad akan dilakukan selepas cek ditunaikan.
4. Lafaz akad badal haji akan dibuat melalui telefon/berjumpa.
5. Bayaran UPAH HAJI untuk seorang adalah seperti yang tertera. Bayaran ini meliputi satu upah HAJI dan satu upah UMRAH.
6. Perlaksanaan Haji semasa musim haji pada tahun yang berkenaan.
7. Penghantaran Sijil Pengesahan dan hadiah dari pelaksana badal haji.
    (Sekurang-kurangnya sebulan hingga 2 bulan selepas musim haji berlalu)

* Sila sertakan bukti / slip pembayaran untuk rujukan kami. ( Fax / Email / sms / poskan slip pengesahan pembayaran dengan menyatakan nama, no.tel, alamat dan tarikh yang ditempah serta memaklumkan kepada kami)
* Nota Penting : Sila hubungi saya untuk tujuan akad secara onlines atau terus datang jumpa saya.
 
Jika ada kemusykilan atau sebarang pertanyaan, hubungi saya.

Sekian, Wassalam.
Mohammad Nakhain aka Naim
H/P : 013-2127799
Pengurus
Raudhah Umrahajj Services

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pengiktirafan Tentera Laut sempena Hari TLDM"

Catat Ulasan