Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 1 Mac 2013

Terkini : Jenazah pegawai polis terkorban tiba esok pagi di TUDM Subang

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing. - IHSAN PDRM

MAKLUMAT TERKINI : Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban telah ditunda atas sebab masalah teknikal (bukan seperti dimaklumkan sebelum ini). Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh   : 02 Mac 2013
Masa    : 9.30 pagi
Tempat : Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.


Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini (1 Mac). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 9:30 pagi esok (2 Mac). Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
 
 
Kami kini sudah berada di Pangkalan Udara TUDM Subang dan menunggu arahan sama ada diberi kebenaran masuk atau tidak
by MOHD. HAZLI HASSAN 10:37 PM yesterday
 
 
Kumpulan media yang menunggu di depan post kawalan Pangkakan Udara TUDM Subang
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:07 PM yesterday
 
 

read more...

Berita Terkini Lahat Datu : Balu Allahyarham Insp. Zulkifli Hamil anak ke 3.


 Gambar: Gambar terakhir arwah Insp.zulkifli.. kita disini juga terasa kepiluan.. kita kerja balik rumah tido tetapi dengan keringat para penjuang kita yang mempertahankan negara hingga syahid di medan perang, jasa mu tetap di kenang..terima kasih kerana mu kami aman.. al-fatihah.-mz

Berita Baru Diterima : Balu Kepada Allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban) sedang Hamil anak ke 3.


Balu Allahyarham beberapa kali pengsan bila dapat berita kematian suaminya. Terkejut dengan berita tersebut. 

Anak sulong allahyarham kata "Papa mati..papa dudok dalam kubur..papa kena bom" Anak Lelaki Allahyarham Insp Zulkifli.

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu yang memikulnya..


Ya Allah sedih rasa, mengalir air mata ni.

Al-Fatihah kepada perajurit yang terkorban.
read more...

INSIDEN LAHAD DATU: Anggota Komando terbunuh tiba malam ini di Subang


INSIDEN LAHAD DATU: 

Al - Fatihah. Adalah dimaklumkan bahawa jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban di Lahad Datu dijangka tiba seperti berikut:

Tarikh: 01 Mac 2013
Masa: 11.30 malam
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

** Sebarang perubahan masa akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
read more...

Krisi Lahad Datu : Perintah Berkurung Kini Berkuatkuasa



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjo-ip0agVqLfoG5VHuLrmQsd59c5ovd-9BogLs-L7kD1t3GIBAAmXtEc9EB1KPvrhjmz4IVTP8Lg6fyx_cA3NKcZ62erffGfjt0cb3X7j0ClXvMRV1qoUOzbRmJu_V2b5NBCBZHkFvIB0/s1600/lahad-datu-gambar1.jpg

Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.
“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu
read more...

Krisis Lahad Datu : Situasi terkini ATM ambil alih tugas






Krisis Lahad Datu : Situasi terkini ATM akan ambil oleh tugas untuk menentang penceroboh dari Selatan Filipina. PDRM boleh berundur dan membuat kawalan di luar kawasan krisis. serahkan kepada ATM untuk menggempur penceroboh-penceroboh berkenaan. Pintu rundingan antara penceroboh dgn kerajaan Malaysia telah ditutup. Ayuh, ATM belasah musuh berkenaan, jangan tinggalkan seekor pun bernyawa lagi. Dah lama anggota-anggota ATM tidak ke medan perang. Ini kacang aje…. Hapuskan penceroboh yang menggangu gugat keamanan negara dalam tempoh 16 jam dari sekarang.



Terbaik la ATM... Semoga TDM dapat mengusir penceroboh. Harap kejayaan ini sebagai hadiah bagi kami rakyat malaysia sempena HUT TDM ke 80.

 
read more...

Terkini @ Lahad Datu : Seorang lagi anggota 69 Komando Terbunuh

 




TERKINI @ LAHAD DATU | Kematian ketiga. Setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban.

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan
Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.

SUMBER: Sabahan.FM

p/s: Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
read more...

LAHAD DATU - TERKINI


 
2 Komando Polis 69 - Terkorban
5 Polis - Cedera Parah
2 Askar - Cedera

10 Penceroboh - Ditembak Mati
1 dari 10 Penceroboh Yang Mati - Adalah Wanita (Cuba Menyerang Menggunakan Parang)

10 Penceroboh lagi - Menyerah Diri
Lain-lain Penceroboh - Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah.

Sidang Akhar diadakan oleh Ketua Polis Negara pada jam 5.00 Petang ini. Berita secara rasmi akan diberitahu melalui Sidang Akhbar ini.


Sinopsis :

- Penceroboh yang mendakwa dari Keluarga Sultan Sulu menuntut Sabah dari Malaysia.
- PBB tak sahkan Askar Sulu itu sebagai persatuan yang sah.
- Presiden Filipina meminta adik bongsunya yang bersama penceroboh tersebut pulang semula ke negara asal atau bersedia menerima tindakan dari Pasukan Keselamatan Malaysia.
- Malaysia mengadakan rundingan agar penceroboh beredar dari sabah tanpa apa-apa kekerasan,
- Tempoh diberi. Namun Sultan "Sulu" berkeras tidak berganjak dan rela bertempur.
- Pagi, 1 Mac 2013. Penceroboh serang hendap pos kawalan Polis Komando 69 dengan melancarkan serangan Mortar. 2 Vet 69 terkorban, 5 cedera parah.
- Polis 69 dan PGA menggempur kubu Penceroboh.

Al Fatihah dan takziah.

Moga negara kita Aman dan Sejahtera serta Dirahmati Allah. Amin.
read more...