Berita yang diterima, TDM telah melancarkan OPS SERKAP pada jam 10.00 pagi hari Jumaat terhadap Tentera Diraja Sulu yang menceroboh Lahad Datu. Doakan anggota tentera kita selamat.
SERKAP = Serbu dan Tangkap
SERKAP = Serbu dan Tangkap
Komando Standby
Tiger Platoon-BN 17 PGA Lahad Datu
Tentera Diraja Sulu
BRP
Tagbanua (pennant number AT-296) membawa bekalan makanan dan ubatan
serta berberapa individu yang tak di kenalpasti sedang berlabuh di luar
perairan Sabah
Ya Allah Lindungilah parajurit tanah airku yang berjuang mempertahankan negara ini.. AMIN.
Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Pasukan keselamatan menangani krisis tersebut dengan jayanya sebagai hadiah sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke 80.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke 80 kepada semua anggota TDM dan ATM.
5 ulasan: on "TDM Lancarkan Ops SERKAP"
sama-sama kita berdoa dan kirimkan Al-Fatihah buat INSP Zulkifli Mamat & SJN Sabarudin Unit 69 KOMANDO yg telah terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu pagi tadi. jasa mu di kenang wahai wira negara.. Al-fatihah..
LAHAD DATU: Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada jam 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng dengan wajah menahan kesakitan, menurut pemberita di hospital itu.
5 orang lagi anggota 69 komando cedera
LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama
TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!
Post under PDRM, TDM di Jumaat, Mac 01, 2013 Dicatat oleh Naim Qlate
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.
Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan
terbunuh.
Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.
Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.
Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.
Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses
ke bandar itu termasuk dari laut.
Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.
Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.
Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Catat Ulasan