Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 September 2010

Ketiadaan bekalan elektrik di Pos kawalan PGA

JITRA 16 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandang serius masalah ketiadaan bekalan elektrik di pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dari Bukit Kayu Hitam di sini sehingga ke Wang Kelian, Perlis.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, beliau telah membangkitkan masalah itu kepada Perdana Menteri dalam satu pertemuan sebelum Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Perdana Menteri memberikan maklum balas yang positif terhadap masalah itu dan mahu ia diselesaikan segera bagi memastikan kawalan keselamatan di sempadan negara tidak terjejas akibat prasarana yang tidak mencukupi.

"Berikutan itu, saya selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah akan membawa masalah ini ke dalam mesyuarat majlis minggu depan dan mahu perkara ini diberikan keutamaan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Briged Utara PGA di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Ketua Polis Kedah, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan dan Timbalan Komandan Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Ramli Din.

Utusan Malaysia pada 6 September lalu melaporkan pos kawalan PGA di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dekat sini hingga ke Perlis sepanjang 64 kilometer tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik.

Masalah itu boleh mengakibatkan tugasan pemantauan sempadan negara daripada kegiatan pencerobohan dan penyeludupan terutamanya pada waktu malam tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Tiang-tiang elektrik beserta kabel sememangnya telah ada dipasang di sepanjang laluan berkenaan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak berfungsi sehingga kini.

Bukan setakat itu, bekalan air paip juga tidak disalurkan ke pos-pos kawalan keselamatan berkenaan.

Mohd. Johari berkata, pada mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) akan membentangkan laporan masing-masing mengenai situasi sebenar yang berlaku sehingga kemudahan asas itu tidak dapat disediakan meskipun tiang lampu sudah dipacakkan.

"Dalam hal ini, persoalan mengenai untung atau rugi penyaluran bekalan elektrik itu perlu diketepikan kerana keselamatan negara adalah lebih penting.

"Kita perlu mengeluarkan belanja jika mahu keselamatan negara dijaga dengan baik oleh pasukan keselamatan negara ini," katanya.

Pada masa ini, sebanyak 395 pegawai dan anggota PGA dari Batalion 3 ditugaskan untuk mengawal kawasan sempadan tersebut yang mempunyai sebanyak 28 pos kawalan.

Pada majlis hari ini, lebih 1,000 anggota polis dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya tersebut.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Ketiadaan bekalan elektrik di Pos kawalan PGA"

Catat Ulasan