Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 September 2010

Syarat wajib dan rukun haji

Minggu lalu telah diterangkan tentang syarat wajib dan beberapa rukun haji. Berikut adalah sambungan daripada rukun-rukun haji.

Wuquf

Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sedetik sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.

Bagi jemaah haji yang paling afdal adalah berwuquf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan malam 10 Zulhijjah.

Wuquf tidak sah kecuali seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat berikut:-

* Telah berniat dengan ihram haji

* Berkeahlian untuk beribadat. Ini bererti seorang yang gila, pitam dan mabuk yang hilang akal tidak sah berwuquf.

* Berada dalam sempadan Arafah.

* Pada waktu yang telah ditentukan.

Para fuqaha menyatakan jika seorang gila berwuquf jadilah hajinya sunat seperti haji kanak-kanak yang belum mumaiyiz dengan syarat ia telah diihramkan oleh wali malnya.

Orang pitam yang tidak siuman sehingga tamat waktu wuquf dikira tidak mendapat haji fardu maupun sunat kerana tidak sah wuqufnya. Orang yang mabuk atau pening yang tidak hilang akalnya sah wuquf dan mendapat haji fardu.

Tawaf haji

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya.

Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Waktu afdal melakukannya pula adalah pada 10 Zulhijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting.

Syarat-syarat tawaf

Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:-

* Bermula dan berakhir dari rukun Hajarul Aswad

* Suci daripada hadas besar dan kecil.

* Menutup aurat.

* Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf.

* Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.

* Tawaf mesti dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan.

* Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf.

* Tawaf mestilah cukup tujuh pusingan.

Jenis-jenis tawaf

Di samping tawaf rukun haji terdapat beberapa jenis tawaf lagi yang ada kaitan dan perlu diketahui oleh para jemaah.

* Tawaf qudum

Tawaf qudum adalah tawaf selamat datang. Tawaf ini dilaksanakan oleh mereka yang hendak mengerjakan haji qiran dan ifrad.

* Tawaf sunat

Tawaf sunat adalah tawaf yang dikerjakan pada bila-bila masa. Selain itu tawaf tahiyatul bait atau tawaf menghormati kaabah juga termasuk dalam tawaf sunat.

* Tawaf rukun haji

Tawaf yang mesti dilakukan oleh jemaah haji dalam sebarang keadaan, sekiranya tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurnalah hajinya.

* Tawaf nazar

Tawaf yang mesti ditunaikan oleh seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu yang dihajatinya.

* Tawaf wada'

Tawaf wada' adalah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dikerjakan bagi mereka yang hendak keluar meninggal Kota Mekah lebih dua marhalah.

* Tawaf tahallul

Tawaf tahallul adalah tawaf yang mesti dikerjakan oleh mereka yang telah berniat mengerjakan haji tetapi terluput atau tidak sempat berwuquf di padang Arafah. Tujuan tawaf ini ialah untuk melepaskan orang tersebut daripada ihram hajinya.

Saie haji

Berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-syarat saie:

Saie yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu:-

* Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah.

* Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

* Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa ke Marwah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa satu pusingan.

* Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan saie.

* Hendaklah melakukan saie di Batnul Wadi (tempat termaklum)

Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan saie.

Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram.

Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Biasanya jemaah akan bergunting setelah selesai melontar Jamratul Kubra di Mina.

Tertib dari kebanyakan rukun

Rukun haji yang keenam adalah tertib pada kebanyakan rukun. Rukun-rukun haji hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun.

Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuquf kecuali didahului niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saie kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Syarat wajib dan rukun haji"

Catat Ulasan