Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 16 September 2010

Kuan Yew terdesak, risau pengaruh Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dilihat semakin terdesak dan bimbang dengan pengaruh Malaysia di persada dunia sehingga terpaksa mengeluarkan kritikan terhadap negara ini di media antarabangsa.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa (Centepis), Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, ia dilakukan kerana Singapura mahu kekal dilihat sebagai jaguh dan negara paling akrab dengan Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara.

Justeru katanya, tindakan Kuan Yew yang memburukkan tentang situasi hubungan kaum di negara ini dibuat bagi mencemar nama Malaysia di mata dunia.

"Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hubungan Kuala Lumpur-Washington kini dilihat semakin akrab dan sudah tentu pandangan Malaysia boleh mempengaruhi dasar luar AS.

"Ia terbukti apabila Washington pernah meminta pandangan Kuala Lumpur dalam usaha negara kuasa besar itu untuk berbaik-baik dengan dunia Islam baru-baru ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kuan Yew dalam wawancara dengan akhbar New York Times mengkritik situasi hubungan kaum di Malaysia dengan mendakwa ia lebih buruk berbanding dengan keadaan di Singapura.

Dakwanya, keadaan hubungan kaum di Malaysia sepatutnya lebih baik berbanding sekarang jika negara republik kecil itu masih menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Azmi bagaimanapun menegaskan, kerajaan Malaysia serta rakyat negara ini tidak perlu melatah dengan kenyataan Kuan Yew itu kerana masyarakat tempatan dan dunia sebenarnya menyedari keadaan di negara ini tidak seperti digambarkan Kuan Yew.

Pakar bahasa dan perpaduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong pula berkata, Kuan Yew tidak layak untuk memburukkan nama Malaysia kerana pemimpin republik itu hanya menjaga sebuah negara pulau yang majoriti rakyatnya berketurunan Cina.

Dengan keadaan demografi sebegitu, kata beliau, sudah tentu usaha pembinaan negara bangsa yang dilalui oleh Singapura amat mudah dan berbeza sekali dengan pengalaman yang perlu dilalui Malaysia selama ini.

Kok Seong yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM menjelaskan, Kuan Yew selain itu dilihat cuba menghidupkan kembali sentimen 'Malaysian Malaysia' yang tidak berjaya diperjuangkan beliau sehingga Singapura 'dihalau' keluar oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

"Kuan Yew memang berusaha menghapuskan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memakai hanya Artikel 8 sejak sebelum Singapura disuruh keluar dari Malaysia.

"Setelah lebih 50 tahun gagal, beliau nampaknya cuba membangkitkan isu itu sekali lagi, namun saya harap tiada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengannya. Artikel 8 perlu dibaca sekali dengan 153, tiada kompromi," katanya.

Kok Seong berpendapat, kenyataan Kuan Yew itu ada kaitan dengan cubaan sesetengah pihak di negara ini yang berusaha menghapuskan peruntukan Artikel 153 dalam perlembagaan negara.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kuan Yew terdesak, risau pengaruh Malaysia"

Catat Ulasan