Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 18 November 2010

Rejimen Ke-60 perlu anggota baru


Sebahagian daripada anggota skuadron Rejimen Ke-60 Pakar Pengendalian Air pada pertandingan menembak antara skuadron di Kamunting, Perak baru-baru ini.


REJIMEN Ke-60 Pakar Pengendali Air Askar Wataniah (AW) yang bernaung di bawah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) memerlukan 6,000 anggota baru bagi memantapkan pasukan itu dalam memulih, mengendali dan menyelenggarakan sistem bekalan air di negara ini.

Kolonel Kehormat rejimen itu, Tan Sri Rozali Ismail berkata, penstrukturan semula keanggotaan pasukan itu termasuk pengambilan anggota baru begitu mendesak dalam memastikan pengurusan bekalan air ditangani dengan berkesan pada waktu kecemasan.

Menurut beliau, penstrukturan itu juga akan melibatkan kemudahan lojistik sedia ada kerana sesetengahnya tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang.

Buat masa ini, rejimen itu mempunyai kekuatan 39 pegawai dan 1,250 anggota dan jumlah tersebut sememangnya tidak mencukupi.

“Kertas cadangan untuk menambah anggota rejimen itu sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapatkan kelulusan.

“Kalau boleh pertambahan anggota itu dapat dibuat selewat-lewatnya Januari tahun depan kerana keperluan yang begitu mendesak sekarang ini,” katanya selepas menutup Latihan Kem Tahunan Siri 6/2010 Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) di Lapang Sasar Sungai Ranting, Kamunting baru-baru ini.

Sebanyak 14 pegawai dan 142 anggota lain-lain pangkat menyertai latihan yang bermula pada 7 hingga 21 Oktober lalu.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membentuk Rejimen Ke-60 Pakar Pengendali Air yang terdiri daripada kakitangan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan utama dalam sektor itu, yang dinaungi oleh RAJD kerana menyedari pentingnya bekalan air terjamin khususnya sewaktu darurat atau peperangan.

Rozali yang juga Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berkata, sebagai rejimen yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memastikan bekalan air berterusan, pihaknya memerlukan anggota profesional tambahan seperti jurutera, konsultan dan pakar alam sekitar bagi memastikan kualiti air terjamin.

Kata beliau, air amat penting dalam kehidupan manusia kerana tanpa pengawasan, bekalan air akan musnah.

“Sehubungan itu anggota yang terlatih, berdisiplin dan bertanggungjawab amat diperlukan terutama pada waktu kecemasan bagi menjamin bekalan air bersih dapat disalurkan kepada rakyat di samping menjaga keharmonian negara ini,’’ ujarnya.

Rozali berkata, latihan secara teori dan praktikal perlu bagi memastikan kemahiran anggota ditingkatkan dalam kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air supaya anggota rejimen itu mampu mengendalikan loji, sistem agihan dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrik apabila khidmat mereka diperlukan.

“Saya percaya rejimen ini mampu memberikan sumbangan kepada negara apabila khidmat mereka diperlukan,” katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Rejimen Ke-60 perlu anggota baru"

Catat Ulasan