Barangkali ramai di antara kita yang tidak mengetahui bagaimanakah perkataan MERDEKA ini dijadikan slogan laungan penaik semangat kebangsaan. Anda tahu? Jika jawapannya adalah ‘tidak’, sila terus membaca.
Pada Okt 1945, setelah Jepun menyerah kalah, Tentera British kembali ke Malaya. Sebaik sahaja kembali, British mendapat sedikit tentangan dari orang-orang Melayu kerana sikap mereka lari menunggalkan Malaya dan menyerahkan nasib rakyat kepada Jepun. Di samping itu, buruh-buruh orang China dan India yang didatangkan dari Tanah besar China dan Benua India di bawah tiga sistem kemasukan pekerja seperti Kangani, Rumah Kongsi, Kelompok dll telah mengambil kesempatan membebaskan diri mereka dari terikat kepada majikan-majikan. Bagi samseng-samseng rumah kongsi China mengambil kesempatan melarikan diri.
Sultan-sultan Melayu tidak lagi mempercayai British. Atas sebab-sebab ini British membuat keputusan bagi mentadbirkan terus Negeri-Negeri Melayu di bawah nama gagasan Malayan Union. Seorang Gabenor akan dilantik bagi menjalankan tugas. Malayan Union akan memberi hak sama rata kepada semua rakyat termasuk kaum-kaum pendatang yang di bawah oleh British sebagai buruh-buruh.
Manakala Pulau Pinang dan Melaka kekal di bawah pemerintahan British yang mana Pulau Pinang di tadbir atas prinsip sewaan dari Kerajaan kedah dengan bayaran RM 5,000 setahun (sehingga kini pulau pinang adalah di sewa dari kerajaan Kedah). Manakala Singapura pula kekal sebagai tanah jajahan British sebagai ibu pejabat [Maka itu kita lihat Singapura sekarang mendapat banyak kelebihan termasuk pulau-pulau berdekatan kerana Ibu Pejabat British. Setelah British menyerahkan kepada Singapura, maka Lee Kuan Yew mendapat keuntungan daripadanya. Ini melibatkan segala perjanjian semasa British yang memberi banyak kelebihan kepada British].
Peristiwa Harold MacMicahel yang memaksa dan mengugut sultan-sultan Melayu telah menyebabkan mereka terpaksa menandatangani syarat-syarat perjanjian yang menghilangkan kuasa mereka ke atas negeri-negeri melayu. Lantaran itu, pada 1 Mac 1946, wakil-wakil dari 41 persatuan anak Melayu telah bermesyuarat dan menubuhkan ‘United Malay National Organization’ iaitu UMNO. Ada rujukan yang mengatakan pada 11 Mei 1946. Presiden UMNO yang pertama ialah Onn Jafar. UMNO mengeluarkan resolusi menentang Malayan Union. Bagi menyatukan orang-orang Melayu (INGAT: Tidak semua orang melayu menyokong UMNO), maka UMNO mencadangkan SATU slogan bagi dilaungkan dalam perarakan atau tunjuk perasaan iaitu ‘HIDUP MELAYU’. Sejak itu, slogan Hidup Melayu diperkasakan. Ditulis di sepanduk-sepanduk. Maka itu, kita lihat pendatang-pendatang kaum China dan India tidak turut bersama menentang Malayan Union kerana slogan Hidup Melayu. Penentangan secara perarakan dibuat di beberapa tempat hingga aklhirnya pada 31 Mac 1945, Pentadbiran tentera British di tamatkan secara rasminya. Tentangan hebat dan terus-tersusun oleh orang-orang Melayu khususnya melalui UMNO sangat membimbangkan British. Maka itu, British menghantar dua orang pegawai tentera iaitu Katen L.D Gammans dan Lt Kol D.R. Ress William selaku wakil parlimen British bagi meninjau pendapat orang-orang melayu. Hasil tinjauan sangat memeranjatkan British kerana orang-orang Melayu berpadu sangat kuat menentang malayan union. Kerajaan Britih di UK menjadi semakin bimbang kerana bukan sahaja tentang orang-orang melayu menjadi semakin kuat bahkan terdapat pegawai- pegawai tentera British sendiri yang tidak setuju dengan Malayan Union. Contohnya Ralp Hone iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Pentadbiran British sejak awal lagi menentang dan tidak setuju dengan mengurangkan kuasa sultan. Selain dari itu ialah Malcom Mc Donald iaitu Gabenor Jeneral yang turut menyokong idea Persekutuan Tanah Melayu oleh UMNO. Tentangan demi tentangan akhirnya pada 31 Jab 1948, Malayan Union dibubarkan. Dan diganti dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jan 1948. Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di Bilik jamuan King’s House (iaitu Carcosa sekarang).
Pada 4 Feb 1951, dalam satu persidangan setengah tahun Majlis Perikatan Pemuda UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, satu cadangan telah diangkat iaitu menukar slogan ‘HIDUP MELAYU’ kepada ‘HIDUP MERDEKA’. Setelah berbincang panjang lebar, persidangan UMNO mendapati cadangan slogan baru iaitu HIDUP MERDEKA adalah kurang sesuai, maka ia di tolak. Oleh kerana ketika itu objektif perjuangan UMNO bukan lagi membubarkan malayan union tetapi perjuangan mendaratkan kemerdekaan, maka slogan HIDUP MERDEKA diubah suai dan hanya perkataan MERDEKA sahaja yang dipersetujui. Maka sejak itu slogan merdeka dilaungkan dalam semua perjumpaan UMNO dan perkataan ini juga diangkat kepada Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 sempena pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah yang MERDEKA.
Demikainlah.
Artikel Oleh : Pena Celoreng
0 ulasan: on "Asal Usul Laungan Medeka"
Catat Ulasan