Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 3 Mei 2011

TLDM Dalam Usaha Naikkan Gaji Dan Elaun Warganya - Panglima Tentera Laut



KUALA LUMPUR, (Bernama) - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam usaha menaikkan gaji dan elaun warganya sejajar dengan peningkatan taraf perjawatan dalam pasukan itu, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata antara elaun yang sedang dalam pertimbangkan kerajaan untuk dipertingkat ialah bayaran insentif perkhidmatan kapal selam, bayaran insentif tugas stesen luar pantai, bayaran insentif bahasa asing, bayaran insentif pasukan khas dan bayaran insentif juruterbang.

Elaun baru yang dipertimbang untuk diwujudkan ialah bayaran insentif juruteknik pesawat, katanya dalam teks ucapan pada majlis perbarisan ulang tahun TLDM ke-77 peringkat Kuala Lumpur di sini Rabu.

Teks ucapannya dibacakan timbalan beliau Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Beliau berkata usaha untuk meningkatkan elaun-elaun lain akan dilakukan secara berperingkat.

Abdul Aziz berkata TLDM perlu mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan transformasi bagi mencapai status tentera laut kelas dunia.

Sehubungan itu, lima objetif strategik menjadi fokus TLDM pada tahun ini iaitu kesiagaan, menambah baik kesediaan sumber, menambah baik pengurusan sumber manusia, menambah baik pengurusan dan membangunkan modal insan.

"Objektif strategik yang digariskan itu tidak akan dicapai tanpa sokongan, usaha dan komitmen semua peringkat warga TLDM," katanya.

Beliau berkata bagi meningkatkan lagi keupayaan armada, TLDM bakal memperoleh enam 'Littoral Combatant Ship' (LCS) dan dua kapal latihan, selain melakukan usaha berterusan untuk perolehan kapal Multi Role Support Ship (MRSS).

Enam LSC dan dua kapal latihan itu akan dibina di dalam negara dan dijangka sedia untuk beroperasi secara berperingkat mulai tahun 2013, katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata seramai 183 anggota TLDM diberhentikan daripada perkhidmatan atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran disiplin dan peraturan sepanjang 2010.

Beliau berkata masalah tidak profesional dan pelanggaran disiplin yang berlaku menyebabkan TLDM mengalami kerugian dari segi wang ringgit menerusi kehilangan aset akibat kecuaian manusia.



-- BERNAMA

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TLDM Dalam Usaha Naikkan Gaji Dan Elaun Warganya - Panglima Tentera Laut"

Catat Ulasan